Kadang-kadang pesanan itu boleh ditinggalkan oleh sesiapa atau apa-apa saja seperti secangkir teh Lipton yang menyampaikan pesan, 'Live Every Moment'. Setiap saat yang datang dan pergi sentiasa menghidupkan kita.
Setiap saat yang datang dan pergi itu menghidupkan kita dengan pengalaman, kenangan dan suka duka. Melatih kita supaya lebih bersabar, melatih kita supaya lebih rasional dan banyak lagi, setiap saat pasti mengajar kita tanpa bosan. Akan ada saja perkara yang dilalui, akan ada saja perkara yang ditemui, akan ada masalah yang mencari kita, itulah kehidupan. Segala yang datang, segala yang pergi, itu satu proses pembelajaran yang penting, untuk kita fikir, untuk kita renung, untuk kita teliti serta diambil teladan. Setiap saat atau detik itu akan menjadi ingatan, akan menjadi kenangan kerana tanpa rasa manis kita tak akan kenal rasa pahit dan tanpa rasa pahit, kita tak akan kenal rasa manis.
Cubalah untuk kita hargailah setiap saat yang datang dan setiap saat yang pergi meninggalkan kita dengan rasa syukur. Secangkir teh panas boleh mengingatkan kita tentang banyak perkara yang telah kita lalui, juga tentang banyaknya nikmat hidup yang Allah SWT berikan kepada kita pada setiap saat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ayah Meneruskan Cerita
Historia CortaAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...