Boh ada 'ummph'! Itu antara iklan yang popular dan ayah tengok sejak kecil.
Apakah 'ummph' yang membangkitkan kita dari tempat tidur? Apakah 'ummph' kita di hujung minggu? 'Ummph' diperlukan setiap hari. Setiap orang pasti ada 'ummph' yang tersendiri. 'Ummph' itu mungkin membangkitkan selera kita, 'ummph' itu mungkin menghidupkan hari kita, 'ummph' itu mungkin membangkitkan semangat kita, 'ummph' itu mungkin membangkitkan kesedaran kita, 'ummph' itu mungkin mengubah persepsi kita dan 'ummph' itu mungkin mengubah hidup kita. 'Ummph' itu ada di sekeliling kita.
'Ummph' itu dapat menginspirasikan kita dan dapat memberi nilai tambah dalam hidup kita. 'Ummph' menyedarkan kita bahawa hidup ini harus diteguk seteguk demi seteguk dan dinikmati dengan yang lain.

YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Короткий рассказAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...