Saat menulis ini, kopi Ayah masih hangat, cerita pasal PRN Melaka pun masih hangat.
Tempoh hari, kami di Melaka, penuh dengan bendera. Demokrasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya. Calon yang berintegriti pastinya menjadi pilihan rakyat. Banyak perkara yang dimahukan rakyat. Perkara yang dimahukan rakyat sudah terang lagi bersuluh, mestilah perkara yang bermanfaat untuk rakyat demi kesejahteraan bangsa, agama dan negara.
Menjadi pilihan rakyat tanggungjawab yang besar kerana setiap suara rakyat harus didengar dan diteliti.
Yang terpilih semestinya membawa suara rakyat dengan telus dan amanah kerana mereka pilihan rakyat. Rakyatlah pelaksana segala kerja dalam pelbagai sektor, maka rakyatlah yang lebih memahami sesuatu isu dengan lebih mendalam.
ANDA SEDANG MEMBACA
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...
