Semalam Sabtu bertemu Sabtu, Alhamdulillah.
Sekejap masa berlalu, Sabtu lepas Achik keluar dari hospital. "Buang kahak," itu doktor pesan kepada Achik. Ya, entah kali ke berapa Achik masuk hospital, tahun ini kali kedua. Apabila bernafas mula ada bunyi, itu salah satu tandanya. Sebelumnya, suara pun tak berapa nak keluar. Umi cek nadi Achik, tak normal - tinggi kiraannya dan bacaan SpO2 rendah.
Sabtu bertemu Sabtu, sudah lepas merata-merata, sudah banyak pengalaman dikutip. Pengalaman ada di mana-mana, namun tak sama, tapi sampai masanya tetap akan berguna walau sedikit, Insya-Allah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...
