Malam, setelah bertanya Pak Su Tarmizi, misi mencari makan malam diteruskan.
Restoran Razak Rasaria (3R) menjadi destinasi yang seterusnya. Meja agak penuh, tetapi santai kerana tidaklah berasa seperti di kedai makan dengan suasana yang tenang, masing-masing menunggu juadah dengan sabar. Umi menunggu 'udang lipan platter' dan ayah menunggu siakap bakar. Fuh, air asamnya cukup menyelerakan! Umi kelaparan, menikmati juadah, tak sempat nak ambil gambar pun. Nampaknya ada artis juga pernah makan di 3R. Alhamdulillah, kenyang.
Esok masih dalam perancangan, namun esok tetap akan datang. Banyak yang dirancang, yang menjadi pilihan pastilah sesuatu yang boleh dikenang serta dijadikan panduan di kemudian, Insya-Allah.
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...