Sudah lama tidak bersama-sama, di serambi depan terakam banyak kisahnya walau baru malam pertama.
Setelah Umi dengan Kak Siti berbincang, akhirnya pengantin musim PKP, Nana dan Hasrul dapat bilik khas, Alhamdulillah. Duduk beramai-beramai di serambi depan rumah tradisional, satu perkara yang jarang-jarang berlaku dan harus tidak dilepaskan walau sudah hampir tengah malam. Rumah tradisional seharusnya dipelihara dan dipulihara, tidak lapuk dek hujan, tidak usang dek panas. Letih ditolak tepi sebentar, menikmati suasana malam dikelilingi bendang, makan, minum borak dan gelak.
Bersama-sama berkonvoi seharusnya dinikmati dan menjadi detik indah kerana saat-saat seperti itu tidak datang selalu walau kerap bertemu, Insya-Allah.
![](https://img.wattpad.com/cover/287100685-288-k213715.jpg)
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
ContoAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...