Berhenti di dalam hujan, bergerak pun di dalam hujan.
Akhirnya hujan bernoktah setelah tiba di Ipoh. Malam menjelma, sebelumnya kereta meluncur melintasi Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta ke tempat penginapan. Lepas Isyak, ke rumah arwah Tok Lang Din. Tok Lang Li duduk dengan Mak Long Baei, Pak Su Wan dah menunggu. Tak lengkap malam tanpa cerita Pak Ngah Bajuri yang berkhidmat untuk masyarakat setempat, ralit mendengar pengalaman dengan masyarakat orang Asli dan ceritanya yang berkisarkan isu semasa negara. Kata Confucius, "Di sebuah negara yang ditadbirkan dengan baik, kemiskinan adalah memalukan. Di sebuah negara yang ditadbirkan dengan buruk, kekayaan sesuatu yang memalukan."
Kabus pagi masih menyembunyikan sebahagian wajah bukit, pemandangan yang menyegarkan mata pun bermula. Insya-Allah, jauh berjalan luas pemandangan, tak kenal maka tak cinta!

ANDA SEDANG MEMBACA
Ayah Meneruskan Cerita
NouvellesAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...