Opah beli laksa. Ada gerai di depan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Pasir Panjang, Segari. Yang lain menikmati dan mengamati suasana.
Masa untuk makan tengah hari. Tidak ada perancangan awal di mana-mana untuk makan dan akhirnya bergerak ke tempat yang tak dirancang, Teluk Senangin. Banyak sungguh pengunjung, walaupun tengah hari, penuh orang mandi laut, jarang sekali jumpa suasana begini, meriah! Kerusi dan meja boleh disewa untuk lebih selesa, bertambah nikmat sambil menikmati laksa, sambil menikmati suasana. Di bawah pohon ru, di bawah pohon ketapang yang berehat dan berkelah berteduh. Di pangkal pokok, seekor ciak rumah kelihatan sedang menyuap makanan ke paruh ciak rumah yang seekor lagi.
Di sekeliling kita sebenarnya penuh dengan nikmat, nikmat yang tak terhitung. Terlalu banyak yang kita dapat, seharusnya tidak membuatkan kita leka kerana nikmat boleh hilang sekelip mata!

ANDA SEDANG MEMBACA
Ayah Meneruskan Cerita
Truyện NgắnAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...