Apabila harga minyak naik, semua orang berbunyi dan tertanya-tanya.
Menurut pandangan orang awam, harga minyak masak dan minyak kenderaan tak patut naik harga. Kita ada banyak minyak, kenapa harga boleh naik? Apabila minyak naik, harga barang-barang akan naik. Apabila harga barang naik, tentulah perbelanjaan bertambah. Minyak tetap satu liter, harga makin mahal. Sebiji kuih karipap pun seharusnya masih sama besar, bukan semakin kecil atau intinya semakin kurang dan harga sudah pastilah akan makin mahal. Orang yang pakar dalam ekonomi sepatutnya memberi penerangan yang jelas supaya orang awam faham serta memikirkan kaedah yang terbaik untuk menstabilkan harga barangan.
Kenaikan harga bukanlah saja mencetuskan rasa panik, bahkan membabitkan perbelanjaan isi rumah atau keluarga serta melibatkan kuasa beli pengguna. Kebijaksanaan dalam penyelesaian masalah diperlukan ketika ini dan bukannya jawapan yang menjengkelkan hati.
![](https://img.wattpad.com/cover/287100685-288-k213715.jpg)
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Kısa HikayeAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...