Hujan, inilah antara masa untuk menikmati kopi.
Menikmati kopi dalam hujan ralit, sambil membaca, berborak atau merenung. Malam tadi, Along masuk ke bilik sebelum habis perlawanan yang berakhir dengan Harimau Malaya dikecewakan Vietnam, tiga gol tanpa balas. Berhati-hati di dalam hujan itu perlu dan terlalu berhati-hati di dalam padang itu hanya pemain yang tahu. Setelah hujan reda, seharusnya kita bangkit semula, semua telah dianalisis dan diteliti sewaktu kopi masih hangat, dihirup dan diteguk sedikit demi sedikit, tidak terburu-terburu.
Hujan tetap membawa rahmat, membawa rezeki ke sekian alam, Alhamdulillah. Hujan walau sebentar tetap memberi kesan, lihat tumbuhan, pucuk dan putik itulah harapan.
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Cerita PendekAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...