"Jangan manja sangat." Mak ayah dulu jarang beri muka dalam hal disiplin walaupun anaknya memang manja.
Kalau balik dari sekolah, cerita kena denda, cubit, rotan dan sebagainya, mak ayah akan tambah. Kalau dekat rumah malas mandi, getah paip dan penyangkut baju besi boleh jadi 'makanan'. Kadang-kadang akad penyerahan anak-anak boleh berlaku di kedai kopi. Cikgu-cikgu jadi kawan ayah, mengopi sekali. "Tak dengar cakap, rotan!" Cakap cikgu, itu cakap mak ayah juga. Mak ayah tak nak kita jadi manja sangat kerana mereka dulu lagi susah.
Manja memang perlu, perlu ada tempat kerana apabila diperlukan nanti, anak-anak kita sudah ada disiplin dan keberanian untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ayah Meneruskan Cerita
PovídkyAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...