Hidup ini bergerak dalam acuan kita. Kadang-kadang tak seperti yang diacu.
Ada yang suka berjalan, ada yang gemar berlari, ada juga yang masih bertatih, ada yang selesa merangkak dan ada yang gembira didukung dan ditanggung. Ada yang berjalan dan berhenti seketika, kemudian terus berlari. Ada berlari dan berhenti sekejap, seterusnya berjalan. Ada yang didukung dan ditanggung, kemudian turun dan duduk. Ada yang bertatih, akhirnya berjalan sepertinya tak letih. Ada yang merangkak, duduk, lantas berbaring.
Kata Charlie Chaplin, "Hidup ialah tragedi jika dilihat dari dekat, tetapi komedi jika dilihat dari jauh."
Bergerak itulah sifat kehidupan. Kita yang akan menanggungnya mengikut gerak geri sendiri. Walau dalam tragedi, walau dalam komedi, hidup ini sentiasa akan menduga kita. Bersedialah!
ANDA SEDANG MEMBACA
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...
