Kadang-kadang bukan nak 'makan berat' pun, nak ambil angin luar, keluar dari kotak, 'kepala berat' sudah rasa ringan apabila satu-satu kerja telah selesai.
"Orked Cafe," kata Umi. "Nak Umi bawa," ini trend Adik buat masa sekarang. Orkid atau nama lainnya Anggerik, Shah Alam kan Bandar Anggerik. Umi nak rasa sandwic, Ayah nak cuba kopi. Alhamdulillah, ada tempat kosong. Musim, keladi, banyak juga pokok keladi. Pilih, pesan, kemudian duduk dan tunggu. Umi memilih air ikut warna kegemaran Adik. Memerhati dekorasi, itu salah satu perkara sementara menanti pesanan sampai. Hitam atau putih selalu menjadi pilihan untuk warna latar.
Selesai kerja, akan ada kerja yang lain. Kerja sememangnya tak akan selesai, selesai satu datang lagi satu. Selagi mana kita merasa seronok membuat kerja, Insya-Allah, kerja itu tak akan menjejaskan kita. Rasa lelah? Keluar dari kotak sebentar!
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Короткий рассказAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...