Dah lama tak tengok persembahan teater secara langsung, petang tadi Ayah ke Taman Budaya.
Pementasan Teater 'Mayat', karya Prof. Dr. Mohamad Hatta Azad Khan dipersembahkan oleh Kelab Teater Rajuk yang diterajui AK Hidayat dengan kerjasama JKKN Pahang. Tadi bermula pukul 3.00 petang, malam ini 8.30 malam dan esok pukul 3.00 petang. Pas masuk pula melalui pembelian buku program, hanya RM 5. Nak buat kenangan, boleh beli 't-shirt', hanya RM25. Kita semua bakal jadi mayat, bakal jadi jenazah, amat sesuailah untuk menonton persembahan ini sebagai renungan untuk kita.
Sejam dalam persembahan teater yang dirasakan sekejap itu sebenarnya melibatkan komitmen tinggi secara berpasukan, mungkin berminggu-minggu, satu atau dua bulan, persembahan pula secara langsung di depan mata. Jom menonton 'Mayat'!

ANDA SEDANG MEMBACA
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...