Lama tak mandi pantai, bukan orang jauh saja, orang yang dekat pun sama saja.
Penuh dengan orang, semua pandai bawa diri, jaga 'SOP' sendiri-sendiri, kita jaga kita. Hari Sabtu sebelum hujung minggu pun sudah meriah, yang datang mencari rezeki tersenyum, yang datang membawa rezeki tersenyum, yang datang mahu mandi, yang datang mahu berkuda, yang datang mahu ambil angin, yang datang mahu makan-makan, yang datang mahu menerbangkan layang-layang, yang dewasa berawas-awas, dua dos vaksin sebagai ikhtiar. Lama tak jumpa, sebahagian rindu dilepaskan dengan mengejar ombak di pantai dan membiarkan ombak membasahkan diri.
Ombak dan pantai setia menyambut ribuan tetamu rindu yang datang, suara ombak dan suara anak-anak bersatu di bawah langit petang, Alhamdulillah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...
