Tujuan

0 0 0
                                    

Berkonvoi itu menemukan kita dengan banyak perkara.
        Biasanya Tok Lang berkonvoi dengan mengayuh basikal, kali ini tidak. Bermula selepas Asar sampainya malam, baliknya pun lebih kurang begitu. Jalan menghala ke Triang yang berada bersebelahan Sungai Pahang disusur dan seterusnya ditemani pemandangan kebun kelapa sawit dan getah. Kata Vincent van Gogh, "Berikan seluruh cintamu pada alam kerana itulah jalan sebenar memahami keindahan." Perjalanan ke Labis pula merentasi kawasan Gunung Ledang yang menghijau dan sempat singgah di rumah Atuk Mak Su Zyma yang membuatkan anak-anak bertambah teruja, mungkin yang dewasa juga.
          Tujuan akan membawa kita meneroka ke seluruh alam ini selagi ada keinginan dan kudrat. Tujuan dapat menyatukan dan menjalinkan  hubungan yang erat antara kita, Insya-Allah.
     
         

Ayah Meneruskan CeritaWhere stories live. Discover now