Ayah pernah beritahu sebelum ini, Ayah pun tak tahu Kakak dari planet mana, tiba-tiba saja muncul.
Kakak akan muncul di waktu yang tak terduga. Maka, Kakak mula jadi perhatian dan kakak jadi ubat penenang anak-anak. Cerita yang keluar pun mula banyak tentang Kakak. Sekejap-sekejap menjenguk Kakak menyiapkan kerja sekolah di bilik. Kakak mula jadi tumpuan, mungkin seperti selebriti. Menjadi tumpuan, menggembirakan atau merimaskan, itu Ayah tak pasti. Apabila ditanya tentang adik, abang-abang beritahu, Adik di bilik geng perempuan, bersama dengan Umi dan Kakak.
Menjadi tumpuan itu satu anugerah. Tumpuan itu seperti guru, mengajar kita banyak perkara, terutamanya dalam menguruskan masa dan menguruskan manusia.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ayah Meneruskan Cerita
القصة القصيرةAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...