Pagi sentiasa datang. Yang patut kita syukuri ialah kita masih dapat meraikannya.
Di mana-mana pun pada waktu pagi, dengan secawan kopi atau secawan teh, pagi harus dinikmati, itu tandanya kita masih punya hayat. Memulakan pagi dengan sesuatu yang kita cintai, mungkin sesuatu yang tidak terungkap, hanya kita yang merasai. Melakukan sesuatu yang kita suka serta boleh membuat kita bahagia atau orang lain bahagia, sekadar memerhati sesuatu yang boleh memberi ketenangan, itu antara yang kita boleh mulakan andai pagi itu masih kita miliki. Mengenang sesuatu yang menggembirakan dalam hidup kita pun boleh kita mulakan untuk menghidupkan permulaan hari kita kerana sesuatu yang besar itu bermula dengan perkara kecil yang sering kita ambil berat.
Pagi sentiasa datang, mentari kan mencerlang. Terpulang kepada kita, selagi bernafas, kita boleh mulakan sekali lagi. Kita berhak untuk mengenang yang telah hilang, meraikan sesuatu kan mendatang, tak ulang silap yang lepas dan membaiki hari ini untuk hidup yang lebih baik serta hidup yang lebih indah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...