10 Jun 2023 (Sabtu) kami bergegas ke Simpang Pelangai dan dua hari lepas, 30 Jun 2023 (Jumaat) , Aidiladha kedua kami bergegas ke Sungai Petani. Perjalanan mengejut.
Kali terakhir kami berjumpa Pak Lang Awang Dan Mak Teh Melah sewaktu kenduri rumah Pak ndak Leh, 4 Mac 2023. Kedua-duanya telah diambil pergi, sudah sampai masanya, meninggalkan kami semua, Al-Fatihah. Sewaktu ke Simpang Pelangai, kami sempat melihat Pak Lang Awang buat kali yang terakhir dan sewaktu ke Sungai Petani, Mak Teh Melah telah selamat dikebumikan. Jumaat yang mulia, hujan mengiringi kami sampai. Keluarga Mak njang Liah Dan keluarga Cik Kob sampai lebih awal. Keluarga Pak Su Karia dan keluarga Di pun sudah ada.
Yang telah pergi, tetap kita ingati, kita pun akan pergi juga. Hanya kenangan yang tinggal untuk kita simpan. Bersama-samalah kita menikmati dan menghargai saat-saat kita bersama sebelum masa itu berlalu pergi. Al-Fatihah untuk yang telah meninggalkan kita.

YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Storie breviAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...