Tak kenal maka cinta, itulah ungkapan yang tak perlu dijelaskan lagi kepada kita semua. Walau kita saling berbeza, di sini tujuan kita sama.
Walaupun masing-masing yang berziarah ke sini tidak lama, masing-masing cuba sedaya-upaya berinteraksi menggunakan bahasa percakapan dan bahasa badan yang sesuai untuk mengeratkan ukhuwah. Paling mudah dengan memberi salam dan jangan lupa melontarkan senyuman. Ada yang kita sangat kenal dan tak sangka-sangka dapat berjumpa, ada yang kita sudah lama kenal bersama dengan kita, ada yang baharu kita kenal dan begitu mesra serta menyenangkan, semua ini pengalaman yang berharga, tambah-tambah lagi untuk anak-anak.
Kita semua dapat berjiran dengan Rasulullah SAW walau ada yang kita kenal dan ada yang tidak kita kenal, walau berbeza negara, bangsa dan percakapan, ini satu anugerah Ilahi. Dunia begitu luas, namun di sini kita bertemu untuk cinta yang sebenar, cinta kepada Allah SWT Dan Rasulullah SAW, Alhamdulillah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Ayah Meneruskan Cerita
Historia CortaAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...
