Meraikan Umi dan Along, ya, makan sampai kenyang, Alhamdulillah. Opah pun tempah kek.
"Dengan kuasa yang hebat, datang bersamanya tanggungjawab yang berat," kata pak cik Ben, begitu juga mak cik May. Walaupun kita bukan adiwira seperti dalam filem, kita semua tetap adiwira dan srikandi dalam dunia sebenar. Kita semua ada kuasa untuk mengawal diri sendiri, Insya-Allah. Sehebat mana pun datangnya dugaan, bersendirian itu mungkin cukup membebankan, namun sokongan ahli keluarga, sahabat suka duka dan anggota masyarakat prihatin sentiasa ada di sisi kita, sedar atau pun tidak sedar. Nilai dan pengajarannya tetap ada buat yang menonton.
Bertambah umur, bertambah kuasa dan bertambah tanggungjawab, itu hakikat yang harus kita terima dan tanggung. Kitalah adiwira dan srikandi untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan agama, Insya-Allah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...