Atasi

0 0 0
                                        

Umi dan Ayah bergegas terlebih dahulu ke tempat penginapan kerana masih belum daftar masuk.
Akhirnya sampai, rumah penginapan yang betul-betul di depan petak-petak sawah, Alhamdulillah. Umi bertemu pemiliknya, Kak Siti. Setelah dibawa ke bilik-bilik penginapan, kepala Umi kembali ligat berfikir, ruang-ruang bilik yang sesuai untuk setiap keluarga mengikut bilangan supaya terbit keselesaan. Satu bilik lagi diperlukan lagi, itu seperti yang dirancang sejak awal. Setelah semua sampai, riuh tak terkata, anak-anak berlari apatah lagi lantai yang dipijak lantai kayu, lain iramanya, macam tak letih langsung. Berkumpul di serambi luar, macam-macam topik timbul, ditambah dengan banyak makanan terhidang di atas meja. Pak Su Apit dan Mak Su Zyma pergi beli makan malam.
Kadang-kadang, kegembiraan bersama-sama itu dapat mengatasi segala keletihan walau letih jelas kelihatan pada wajah. Bersama-sama itu boleh menggembirakan, Insya-Allah.

Ayah Meneruskan CeritaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang