Membahu

1 0 0
                                    

29 Disember 2021, sepanjang perjalanan ke Mentakab melalui pekan Lanchang,
debu bertebaran. Kelihatan semak samun dan daun-daun pokok bersalut lumpur.
Air sungai sudah surut. Sampah berlonggok-longgok, begitu juga peralatan atau perabot rumah yang telah rosak. Mempaga Segar masih tutup. Kelihatan masih banyak lumpur, ada yang bertimbun-timbun, ada kepingan yang sudah kering. Ini hanya sebahagian kecil yang dapat dilihat di sini, ada yang lebih dahsyat. Manusia dan mesin bergabung tenaga. Ada yang masih membersihkan rumah, ada anak-anak yang sedang menolak kereta sorong, ada jalan yang ditutup untuk diturap tar - cuaca panas. Ada konvoi di jalanan dari negeri lain, mungkin datang membantu mangsa banjir di sini.
Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul, masing-masing bahu-membahu, tak kira sesiapa, semua menyumbang dalam cara tersendiri, nampak atau tak nampak, tetap memberi sumbangan, Alhamdulillah.

Ayah Meneruskan CeritaWhere stories live. Discover now