Sudah pasti banyak kenangan yang terukir di dinding kenangan, kenangan antara kita dengan Cikgu.
13 Mei 2022 (Jumaat), menerima berita sedih, kami kehilangan ibu saudara, seorang pesara guru, Ropiah Samsuri, yang kami panggil Mak Tam Peah. Aidilfitri baru saja bertemu, kini dia telah kembali kepada Pencipta, Al-Fatihah untuk guru-guru yang telah meninggalkan kita. Mak Tam Peah, pernah berbakti di Kelantan, merupakan cikgu sahabat Ayah, Cikgu Suhaimi Sulaiman. Hidup Berjasa walau di mana-mana saja, Cikgu menyemai adab dan ilmu untuk anak-anak tercinta.
Semakin dewasa, semakin jauh kita melangkah, semakin jauh kita meninggalkan guru-guru. Namun, dalam diri kita, sedikit sebanyak kita mewarisi adab dan ilmu guru-guru, juga mewarisi adab dan ilmu guru pertama dalam hidup kita, Mak dan Abah kita. Terima kasih Cikgu. Selamat Hari Guru Cikgu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ayah Meneruskan Cerita
Cerita PendekAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...