Buka puasa dinanti anak-anak. Sekejap-sekejap bertanya, bukan sebab puasa saja kena sabar, sebab anak-anak lagi banyak kena sabar.
Berbuka puasa tak sah kalau tak ada kurma. Salah satu tugas anak-anak ialah membasuh buah kurma atau tamar. Para sarjana perubatan mendapati tamar mengandungi glukosa yang paling tinggi antara buah-buahan yang terdapat di dunia serta menyumbang tenaga dengan serta-merta (buku Madinah Munawwarah, Kelebihan & Sejarah, Dr. Abd. Basit Abd. Rahman, Telaga Biru). Cukup gembiralah anak-anak dan semua sewaktu ke ladang kurma dulu, boleh rasa macam-macam jenis kurma. Sudah ada kurma, lebih indah dapat berbuka puasa dengan anak-anak, seisi keluarga dapat bersama-sama, tak kira di mana-mana.
Semakin anak-anak membesar, dapat berbuka puasa bersama-sama, satu perkara yang sangat membahagiakan. Pastinya banyak kenangan yang dirakam sementara menanti berbuka puasa dan sewaktu berbuka puasa kerana Ramadan itu antara kurniaan yang cukup besar untuk kita semua.
![](https://img.wattpad.com/cover/287100685-288-k213715.jpg)
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
ContoAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...