Kadang-kadang, kita sering memerhatikan kucing. Kadang-kadang, kita yang menjadi perhatian kucing.
Kucing mencuri perhatian kita dalam pelbagai gaya, kadang-kadang nampaknya seperti lapar perhatian pada sepanjang masa. Pagi-pagi pintu dibuka sudah membuatkan kita terkejut, terjengul kepalanya di celah-celah pintu pagar besi dan mula beraksi. Apabila turun ke bawah, nak melangkah pun susah, menggesel-geselkan kepala dan badan pada kaki. Mungkinkah aksi lahir ini daripada hati? Ya, 'perhatian' itu kata dasarnya ialah hati. Hati itu pula banyak maksudnya. Di dalam tubuh kita, ada hati. Ya, hati itu organ, hati itu juga tempat perasaan. Selain 'perhati' dan 'memerhati', 'hati' juga melahirkan 'hati-hati' dan peribahasa seperti 'hati bagai baling-baling' yang bermaksud fikiran atau pendirian Yang tidak tetap.
Sepanjang masa Allah SWT memerhatikan kita semua. Kita pula asyik memerhatikan banyak perkara di sekeliling kita yang menarik perhatian kita. Diharapkan kita sama-sama dapat melihat kebesaran dan kebenaran yang disediakan Allah SWT di muka bumi ini melalui pemerhatian yang mendalam, Insya-Allah.
![](https://img.wattpad.com/cover/287100685-288-k213715.jpg)
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Cerita PendekAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...