Duduk mengopi, sentosa rasanya. Perkara yang lepas datang menyapa, maka bermulalah imbas kembali.
Alhamdulillah, sentosa membolehkan kita bebas ke mana-mana tanpa sebarang ancaman. Seperti air dalam talam, begitulah peribahasa Melayu yang bermaksud dalam keadaan sentosa. Sewaktu Rasulullah SAW berdakwah ke Taif, begitu tinggi kesabaran Baginda. Begitulah antara penerangan Ustaz sewaktu perjalanan ke Taif. Tidak sama keadaan dulu dan sekarang. Lawatan ke sini, rombongan ziarah dibawa menikmati makan tengah hari. Ya, nasi Arab, itulah hidangan. Semua duduk bersila, teringat sewaktu menikmati moreh waktu kanak-kanak. Plastik lutsinar dibentang, juadah dihidang, selera sejak awal berasak-asak bertandang. Hidangan di dalam talam, tidak ingat langsung kali terakhir menikmati makanan di dalam talam bersama-sama. Alhamdulillah, semuanya berselera!
Kesentosaan itu tanggungjawab bersama-sama. Sentosa itu akan lahir, membiak dan membesar hasil daripada kecaknaan kita semua. Sikap ambil peduli setiap orang daripada kita dengan mementingkan keselamatan dalam sebarang isu akan menyumbang kepada kesejahteraan negara. Itulah kewajiban kita!
![](https://img.wattpad.com/cover/287100685-288-k213715.jpg)
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Короткий рассказAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...