Cikgu Sakirin memutarkan lagu 1234, satu dewan asyik mendengar. Antara lagu yang menusuk perasaan kami, lagu ketika kami sedang membesar.
Lagu boleh dijadikan kepala cerita atau pendahuluan karangan, begitulah yang selalu diberitahu kepada anak-anak. Kata Cikgu Sakirin lagi, dalam lagu dulu-dulu ada banyak isi, banyak kata-kata yang boleh diambil dan diabadikan sebagai isi, bukan saja sebagai permulaan kata. Merujuk artikel dalam Harian Metro (16 Jun 2023), tulisan Nurul Sabrina Jamali, kata Aris Ariwatan, "Bagi saya, jika besar pengorbanan menjadi seorang penyanyi, pastinya mereka dapat menghasilkan lagu berkualiti kerana sebuah lagu adalah bunyi-bunyian yang tidak boleh disentuh, tetapi boleh dirasai." Mungkin itu sebab generasi kami seperti ayah dan Cikgu Sakirin masih mendengar lagu-lagu lama kerana lagunya masih boleh 'dirasai' sehingga saat ini sebagaimana kata-kata Aris Ariwatan, penyanyi lagu 1234.
Kita sentiasa ada lagu untuk didengari kerana lagu ialah cerita hidup yang dapat kita rasa. Rasa ini bukan sepertinya di mulut tetapi bermain dalam hati kita. Apa-apa yang ada di hati kita, apa-apa yang datang dari lubuk hati kita seharusnya sesuatu yang sangat bermakna dan seharusnya menjadikan hidup kita lebih baik, Insya-Allah.
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
القصة القصيرةAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...