PROLOG

1.4K 28 1
                                    

Noah Iskandar termenung jauh di dalam kapal terbang yang membawanya pulang ke tanahair. Selama sepuluh tahun dia tidak pulang walaupun ketika hari raya. Dia bukan merajuk tetapi dia mengambil peluang untuk berjauhan dengan keluarga seketika. Jika diikutkan kehendak hati, dia mahu menetap saja di sana, di tempat dia menuntut ilmu dalam jurusan undang-undang di Universiti of Birmingham. Malangnya atas desakan papanya supaya dia bekerja di syarikat mereka sendiri menyebabkan dia terpaksa pulang dengan hati yang berat.

Dia tahu kepulangannya tidak akan disenangi oleh Noah Dzulkarnain. Kalau boleh Noah Dzulkarnain tidak mahu melihat kelibatnya langsung di bumi Malaysia. Kalau boleh Noah Dzulkarnain akan lenyapkan Noah Iskandar dari mukabumi ini. Noah Dzulkarnain amat dengkikan Noah Iskandar. Sejak dari wujudnya Noah Iskandar, Noah Dzulkarnain sudah tidak sukakan Noah Iskandar. Bagi Noah Dzulkarnain kewujudan adiknya menyebabkan kasih sayang papa dan mama akan terbahagi dua. Dia tidak mahu begitu. Dia mahu seluruh perhatian daripada kedua mama dan papanya.

Sikap dengki itulah yang menyebabkan petaka kepada Noah Iskandar, mental dan fizikal. Sebab itu apabila mendapat tawaran belajar ke luar negara dia berasa amat bersyukur. Dapat melarikan diri daripada Noah Dzulkarnain selama sepuluh tahun merupakan satu nikmat yang tidak terhingga.

Sehinggalah hari ini, dia terpaksa pulang demi papanya. Dia tidak tahu apa rancangan Noah Dzulkarnain nanti tapi apa yang pasti dia tidak akan mengalah begitu sahaja. Jika dulu dia selalu mengalah tetapi seiring dengan pertambahan usia, dia rasa dia boleh menghadapi segala karenah abangnya. Dia sudah bersedia, bukan untuk melawan secara fizikal tetapi dia perlu melawan secara mental dan dia juga sudah merangka strategi untuk menentang Noah Dzulkarnain.

Perjalanan yang jauh amat meletihkan. Mata Noah Iskandar sudah layu. Dia mengambil keputusan untuk tidur sementara menuggu saat tiba di tanahair. Fikiran melayang mengenang kembali peristiwa bertahun-tahun yang lalu...

Noah Iskandar memandang sayu kepada tiga insan yang sedang bergembira di taman vila kepunyaan Dato' Salahuddin dan Datin Ismalisa. Dato' Salahuddin dan Datin Ismalisa asyik melayan abangnya Noah Dzulkarnain bermain basikal. Gelak tawa Noah Dzulkarnain menyakitkan telinganya sebagaimana sakit hatinya apabila dia dipukul oleh papanya tadi.

Hanya disebabkan berebut basikal itulah yang membuatkan dia dipukul oleh Dato' Salahuddin.
Hanya sebab Noah Dzulkarnain mengadu dia dipukul. Mengapa papa tidak pernah siasat dahulu? Adakah kerana Noah Dzulkarnain seorang abang, papa amat mempercayai tuduhan abangnya walaupun apa yang dikatakan oleh abangnya tidak benar belaka.

Haruskah dia seorang adik menerima nasib sebegini malang. Abang yang tidak pernah mahu bermain dengannya malah segala mainannya turut dirampas oleh Noah Dzulkarnain. Apa salahnya sehingga dia diperlakukan sebegini? Walaupun dia baru berumur lima tahun tetapi dia sudah tahu dia disisihkan oleh abangnya. Ketika ini dia menjadi matang sebelum usianya kerana dia banyak berfikir mengenai dirinya yang malang.

Begitu juga keadaannya ketika bersekolah. Noah Dzulkarnain sentiasa dipuji kerana kepandaian dalam pelajaran dan juga aktif dalam sukan. Noah Dzulkarnain sentiasa diagung-agungkan sebagai anak yang bijak, anak yang baik dan sentiasa menggembirakan papa dan mama. Noah Iskandar pula sentiasa dilabel sebagai anak yang sering memberi masalah kepada mereka. Samada Dato' Salahuddin mahupun Datin Ismalisa tidak pernah ambil peduli mengenai Noah Iskandar dan akhirnya Noah Iskandar sendiri sudah tidak mahu menonjolkan dirinya dihadapan papa dan mamanya.

Hanya Mak Nah, orang gaji keluarganya sahaja yang mengambil berat mengenai Noah Iskandar.
Mak Nah dianggap sebagai ibu kedua kepadanya dan hanya Mak Nah yang mengetahui masalah yang dihadapinya dari kecil sehinggalah dia dewasa. Dia bertahan pun kerana Mak Nah sentiasa berada di belakangnya. Mak Nahlah yang selalu mencuci lukanya apabila dia dipukul dan Mak Nah juga yang akan menasihatinya jika dia hampir kemurungan.

Keadaan tidak berubah, malah makin menjadi-jadi ketika mereka sudah dewasa. Noah Dzulkarnain bertindak lebih kejam terhadap Noah Iskandar kerana mendapat sokongan daripada uncle mereka iaitu Ikram, adik Datin Ismalisa. Ikram sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada Noah Dzulkarnain untuk menindas Noah Iskandar. Ikram sebenarnya mempunyai agendanya sendiri apabila dia lebih memihak kepada Noah Dzulkarnain.

Dia perlu rapat dengan Noah Dzulkarnain kerana Noah Dzulkarnain merupakan pewaris kepada
legasi Dato' Salahuddin. Dia perlu mendapat kepercayaan daripada Noah Dzulkarnain supaya nanti dia akan mendapat pulangan yang lumayan dari syarikat abang iparnya. Dia bercita-cita untuk menerajui Syarikat Saladin satu hari nanti. Dia mempunyai rancangan yang baik untuk membolot harta Dato' Salahuddin dan perkara pertamanya mestilah menyisihkan Noah Iskandar.

Rancangan jahatnya tidak diketahui oleh Dato' Salahuddin mahupun kakaknya sendiri kerana di hadapan mereka dia amat baik dan melakukan kerja dengan teliti. Dia tidak mahu mengambil kesempatan sekarang kerana belum tiba masanya lagi. Dia perlu berhati-hati jika mahu berjaya dalam rancangannya. Kebaikan abang iparnya digunakan sebaik mungkin lagipun Datin Ismalisa amat menyayangi Ikram kerana Ikramlah satu-satunya adik yang dia ada.

Halangannya sekarang adalah Noah Iskandar kerana Noah Iskandar merupakan pewaris kedua selain daripada Noah Dzulkarnain. Noah Iskandar susah untuk dipujuk seperti Noah Dzulkarnain. Noah Iskandar seperti tahu akan agenda Ikram sebab itu dia tidak rapat dengan Ikram. Ikramlah yang mengajar Noah Dzulkarnain bertindak liar dan menjalani kehidupan sosial. Matlamatnya supaya Noah Dzulkarnain lalai dengan kehidupan duniawi.

Setakat ini rancangannya berjaya menyesatkan Noah Dzulkarnain kerana Noah Dzulkarnain lebih suka berpoya-poya daripada menjalankan tugas pejabat. Semua tugasnya diserahkan kepada Ikram dan Ikram membuat segala tugas Noah Dzulkarnain dengan senang hati.

Dato' Salahuddin mula menyedari kelakuan Noah Dzulkarnain pasti akan melingkupkan syarikatnya. Untuk menasihati Noah Dzulkarnain adalah sia-sia kerana Noah Dzulkarnain sudah menjadi buluh..susah untuk dilenturkan lagi. Sudah berbuih mulut bercakap tetapi hasilnya dipandang sebelah mata saja oleh Noah Dzulkarnain. Menyesal sudah tidak berguna lagi. Salahnya juga kerana terlalu memberi muka kepada anak sulungnya itu.

Dato' Salahuddin hampir terlupa yang dia mempunyai seorang lagi anak iaitu Noah Iskandar.
Dia langsung tidak peduli apa yang Noah Iskandar lakukan di sana. Langsung tidak bertanya khabar. Dia hanya tahu berita Noah Iskandar melalui Datin Ismalisa. Hanya Datin Ismalisa yang selalu menjenguk Noah Iskandar di sana. Dia pula tidak kisah apabila Noah Iskandar hendak bekerja di sana. Baginya cukup Noah Dzulkarnain yang menjaga syarikatnya.

Sekarang dia akur. Dia perlukan Noah Iskandar. Akhirnya dia merayu kepada Noah Iskandar supaya pulang menerajui syarikatnya bersama-sama Noah Dzulkarnain. Dia terpaksa merendahkan dirinya berjumpa dengan Noah Iskandar. Satu perkara yang tidak pernah dia fikir untuk dia lakukan tetapi demi untuk mengekalkan legasinya dia pasrah.

Persetujuan daripada Noah Iskandar amat menggembirakan hatinya. Kini dia yakin syarikatnya dapat diselamatkan. Cuma satu saja yang bermain difikirannya. Dia belum memaklumkan kepulangan Noah Iskandar kepada Noah Dzulkarnain. Entah apa reaksi Noah Dzulkarnain jika dia tahu adiknya akan pulang. Dato' Salahuddin tidak mahu memikirkan sekarang.

Apa yang penting Noah Iskandar sudah kembali. Kembali disamping keluarga yang menyisihnya selama hampir sepuluh tahun. Kini Dato' Salahuddin sudah insaf dengan perbuatannya dahulu...memberi kasih sayang yang berbeza kepada kedua anaknya.
Perbuatan yang memberi kesan buruk kepada institiusi keluarga.

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now