Qaid menahan Gisela ketika Gisela hendak masuk ke dalam bilik. Gisela mendengus marah. Hati masih lagi sakit kerana dipinggirkan dari perbincangan dengan Noah Iskandar tadi.
"G please.. abang minta maaf. Bukan abang nak pinggirkan G tapi baba tak bagi. G taukan baba agak konservetif sikit dalam hal begini" jelas Qaid.
Malas mendengar Qaid merayu, Gisela berpaling menghadapi Qaid sambil memeluk tubuh. Mulut dimuncung empatbelas. Qaid hanya tertawa melihat gelagat Gisela.
"Sudahlah merajuk G, macam budak-budak buat perangai macam tu."
Gisela hanya menjuihkan mulut.
"Abang nak bagitau, baba dah izinkan abang tolong Is. Is tak mau buat repot dan abang izinkan G jadi spy Is, bolehkan."
Gisela membeliakkan biji mata. Terkejut dan tidak percaya dengan saranan Qaid.
"Jadi spy? Macam Nancy Drew, Charlie Angels dan Nora Zain tu?" Gisela teruja.
"Apahal G ambil semua spy otai? Kan ada Black Widow eh tapi semua tu wayang punya. Tak realistik. Cuba G cari spy yang pernah wujud seperti Matahari, Virginia Hall, Jane Whorwood."
"Tapi the real spy are all dead. Hei! We're out the main topic here."
Qaid garu kepala sambil tersengih. Sebenarnya dia cuma hendak alih perhatian Gisela sahaja dengan membawa Gisela berbicara topik yang menjadi kegemaran Gisela. Gisela amat meminati siri penyiasatan. Jangan cari koleksi novel cinta meleleh, memang tiada. Yang ada cuma novel action romance dan seram. Gisela tarik nafas panjang.
"Okey..okey..abang nak G buat apa?"
"Macam ni..G tolong perhatikan Noah Dzulkarnain, cuba perhatikan apa yang dia akan buat, ke mana dia pergi..dengan siapa dan yang paling penting G cuba dekati Iskandar."
"Iskandar? No way! He's too cold..not my type."
"Dengar dulu cakap abang..bukan suruh bercinta pun..just berkawan dengan dia..bolehkan." Pujuk Qaid lagi.
"Itupun kalau dia nak berkawan dengan G."
"He will. I know he will. I can see in his eyes."
"Banyaklah abang punya eyes."
"Jadi boleh G tolong Iskandar?"
Gisela diam, memikir segala kemungkinan. Pro dan kontra. Dia sudah terjebak dari mula lagi, sejak dia terdengar rancangan Nine dan Ikmal. Semalam pun dia tolong Iskandar secara tidak sengaja. Jadi hanya perlu teruskan sajakan. Tapi untuk mendekati Iskandar, dia rasa susah untuk dia berbuat begitu. Kenapa? Entahlah.
Qaid pula sabar menanti reaksi Gisela. Dia yakin Gisela dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Gisela suka menolong orang yang berada dalam kesusahan. Sifatnya semenjak dari kecil lagi. Tidak menunggu lama akhirnya Gisela menganggukkan kepalanya. Qaid tersenyum senang.
"That's my girl." Puji Qaid seraya menepuk kepala Gisela, persis seorang ayah menepuk kepala anaknya.
"Err..bila nak pakai tudung ni?"
Soalan Qaid menyebabkan Gisela menelan liur, aduh sakitnya umpama menelan seketul batu. Kesat dan keras menuruni kerongkong. Gisela hanya mampu tersengih. Bukan Qaid seorang yang menegurnya malah baba, umi serta Gibran selalu mengingatkannya mengenai aurat tersebut. Malangnya degil Gisela ya ampun hanya hidayah daripada Allah SWT sahaja yang mampu melembutkan hatinya.
"Nak tunggu bakal suami dia tegur dulu la tu baru nak tutup aurat," komen Qaid lalu berlalu dari situ.
Hehehe..Gisela hanya mampu terkerising. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia liat sangat nak pakai tudung. Mungkin keluarganya terlalu bertolenrasi dengannya sehingga dia mampu melanggar perintah Allah yang satu itu.
YOU ARE READING
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY
RomanceTidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Isk...