BAB 12: OPPSS...

304 16 0
                                    

Gisela masih termenung di hadapan makanannya manakala Jemy, Amy dan Fifiy sedang rancak bersembang tak ingat dunia. Rancak..rancak berdosa. Entah gosip apalah yang diriuhkan oleh mereka. Maklumlah hari ini hari gaji maka wajah mereka ceria-ceria belaka. Makan pun di tempat yang jauh dari kebiasaan. Kalau hari gaji, mereka suka makan western ataupun makanan Korea.

Habis waktu bekerja mereka singgah makan di sebuah restoren western yang agak terkenal, Stepover Cafe. Masing-masing memesan makanan kegemaran mereka. Amy suka makan spaghetti carbonara, Jemy suka makan chicken chop, Fifiy sudah memesan oglio olio sementara Gisela hanya memesan garlic bread dan mushroom soup.

"Hoi G, kenapa asyik termenung saja. Makanlah. Nanti sejuk tak sedap pula." Mulut penuh dengan pasta tapi sibuk nak tegur Gisela.

"Haah G, kenapa dari tadi asyik termenung ja. Kau order roti dengan sup kut bukannya gulai temenung." Jemy pula mencelah.

Mendengar kata Jemy serentak mereka semua ketawa.

"Gulai temenung tu apa?" Tanya Fifiy.

Ketiga rakannya yang lain terhenti suapan mendengar soalan Fifiy. Betullah dah Fifiy tak tahu, dia tanyalah. Mengapa yang lain perhatikan dia pelik semacam ja. Fifiy bertambah hairan apabila melihat mereka tersenyum simpul kepadanya.

"Fifiy..gulai temenung tu dalam bahasa kebangsaan ialah kari ikan kembung," terang Gisela.

"Haah kat tempat kami ikan kembung kami panggil ikan temenung. Jangan tanya kenapa panggil temenung tapi aku agaklah ikan ni suka berangan sebab tu dipanggil ikan temenung, macam kawan kita inilah." Tangan Amy terus menampar lengan Gisela.

"Eh! Aku pula yang kena." Gisela menepis tangan Amy.

Fifiy hanya mengangguk faham. Sejak bekerja dengan mereka banyak perkataan utara yang dia belajar. Fifiy yang berasal dari negeri di selatan tanahair, agak kekok pada mulanya tetapi lama kelamaan dia sudah pandai menyesuaikan dirinya.

"G, kau belum bagitau lagi kenapa kau asyik termenung dari tadi."

"Laa tak habis lagi ke nak interrogate aku."

"Kita ni kawan dah lama. Kami risau tau kalau kau ada masalah. Kan kita dah janji untuk hadapi masalah sama-
sama, tak kiralah kalau kau atau aku atau Fifiy atau Jemy yang susah."

Gisela memandang seorang demi seorang rakan-rakannya.
Dia begitu terharu dengan keprihatinan mereka. Dia tahu selagi dia tidak memberitahu masalahnya mereka terutamanya Amy akan bertanya sehingga mereka puashati.

"Kau orang taukan Dato' dan Datin pergi buat umrah..."

"Tahu..so?"

"Isyy..tunggu la aku habis cerita dulu. Kau ni.."

Amy hanya tersengih. Sememangnya dia bukan seorang yang penyabar. Jemy dan Fifiy hanya ketawa melihat Amy. Padan muka..bisik mereka kepada Amy.

"Bila Dato' tak ada, Encik Nine yang berkuasa kan. Boleh pula dia suruh aku jadi PA dia. Setakat jadi PA tu tak apa lagi, ni tak, hari-hari kacau aku. Bagi bungalah, ajak lunchlah sampai ajak dating tu yang aku tak tahan tu."

Mereka mengangguk kepala setelah mendengar kisah Gisela.
Mereka dah tahu, Noah Dzulkarnain sudah lama inginkan Gisela tapi Gisela tak pernah layan. Tak tahulah apa kurangnya Noah Dzulkarnain tapi Gisela tidak pernah menaruh hati kepada Noah Dzulkarnain.Ramai mengatakan Gisela tolak tuah tapi hati dan perasaan mana boleh paksa.

"Alahh..abaikan saja G. Bukan baru hari ini kau tolak dia tapi setiap kali kan. Nanti lama-lama dia jemu, dia berhentilah."

"Betul tu G, tak payah layanlah."

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now