Noah Iskandar makan dengan penuh selera...nasi putih, tomyam putih, pakprik ayam dan telur dadar terhidang di depan mata. Lupa sebentar masalah dunia apabila menghirup kuah pedas tomyam secukup rasa itu.
Manakala Gisela hanya menguis bihun hailam di dalam pinggan sebesar flying saucer alien. Seleranya mati apabila dia masih terkenangkan kata-kata Ava tadi.
Salah ke dia hanya anak kampung? Salah ke dia berbapakan guru silat Cikgu Qadri dan beribukan umi, seorang surirumah sahaja?
Salah ke kalau baba bukan Tan Sri atau Datuk, yang tidak mempunyai perniagaan besar macam Dato' Salahuddin?
Salah ke kalau dia menjadi menantu kepada majikannya? Salah ke? Hinakah dia?
Gisela menarik nafas panjang dan suaranya mengeluh keras.
Perbuatan Gisela menarik perhatian Noah Iskandar yang begitu asyik makan tanpa menyedari gelojak hati Gisela.
Lelaki dan makanan... Gisela sekali lagi menarik nafas melihat bibir Noah Iskandar yang sudah basah dengan kuah tomyam. Bibirnya yang berwarna merah jambu bertambah merah apabila kepedasan kuah tomyam melekat pada bibir itu. Hmmm... seksi.
Gisela ketuk kepala setelah fikirannya yang runsing belot kepadanya tadi. Boleh pula terbayangkan keseksian Noah Iskandar tengah hari buta ini.
"Kenapa?" Noah Iskandar mengelap bibir dengan tisu membuatkan Gisela telan liur berkali-kali.
'Adoiii... kepala... tolonglah behave...' Gisela berdoa dalam hati.
Gisela hanya mampu untuk senyum tapi senyumannya tak sampai ke hati. Noah Iskandar angkat kening.
"Kenapa tak makan? Tak sedap ke?" Gisela menggeleng. Makanan di restoran ini tak pernah tak sedap. Makanannya memenuhi citarasa penggemar makanan dari Thailand itu.
"Habis? Kenapa termenung?" Noah Iskandar sambung makan.
Cisss! Tak prihatin langsung. Tanya sedikit tapi mulut masih mengunyah tanpa rasa bersalah. Gisela ketap bibir.
Namun tak lama apabila dia ketawa dengan kuat. Kuat sehingga pelanggan lain beralih pandangan ke meja mereka.
Noah Iskandar terkulat-kulat memandang Gisela. Tadi bermuram durja, sekarang boleh pula ketawa macam orang isyyy tak baiklah fikir macam tu, bakal isteri kut.
Noah Iskandar berhenti makan dan memberi sepenuh perhatian kepada Gisela. Biarlah Gisela nak ketawa, mungkin ada perkara lucu yang lalu dalam fikirannya.
Melihat Noah Iskandar pegun memerhatinya barulah Gisela meredakan tawanya. Tubir mata dilap kerana air matanya bertakung di situ.
"Now I got your attention." Gisela juga bertentangan mata dengan Noah Iskandar.
"Seriously... G." Noah Iskandar hanya mampu tersenyum.
Gisela hanya mengangguk tapi masih mampu tersenyum sinis. Nasib baik dia bijak juga, boleh juga mengalih perhatian Noah Iskandar.
"Saya punyalah susah hati, boleh pula awak makan tak hengat dunia." Gisela sindir dalam tawanya yang dibuat-buat.
"Apa yang buat awak susah hati? Bihun tu tak sedap ke?" Pertanyaan Noah Iskandar membuatkan Gisela hampir membaling gelas minumannya ke kepala Noah Iskandar.
"Bukanlah!" Gisela mendengus kasar. "G rasa kita dah buat silap."
"Silap? Kita ada buat silap ke? Rasanya kita belum lagi..."
"Bukan silap itulah! Isyyy... awak ni, tak ada perkara lain ke nak ingat?" Wajah Gisela sudah merah... geram.
Noah Iskandar hanya ketawa. Seronok pula tengok Gisela mengamuk. Cute.
YOU ARE READING
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY
RomanceTidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Isk...