BAB 41

479 20 5
                                    

Dato' Salahuddin dan Datin Ismalisa berehat di dalam bilik selepas pulang dari resepsi Noah Dzulkarnain dan Noah Iskandar. Segala perkara yang berlaku ketika dia jatuh sakit, diperhati dengan teliti tanpa disedari oleh anak-anaknya termasuk isterinya.

Setelah selesai membersihkan diri dan solat, Dato' Salahuddin berbaring sambil membaca buku. Datin Ismalisa baru masuk terkejut melihat suaminya begitu santai di atas katil. Wajah Dato' Salahuddin kelihatan berseri-seri selepas dapat berehat.

"Abang?" Wajah kehairanan Datin Ismalisa membuatkan Dato' Salahuddin meletak buku dan tersenyum manja kepada Datin Ismalisa.

Dato' Salahuddin menggamit isterinya supaya menghampirinya. Datin Ismalisa terseringai melihat Dato' Salahuddin kelihatan agak nakal malam ini.

"Anak-anak yang kahwin tapi abang pula yang gatal." Datin Ismalisa mencubit paha Dato' Salahuddin.

"Aduh! Bisa lagi ketam sayang ya. Dah lama saya tak kena ketam sayang." Entah mengapa dia ingin bermanja dengan Datin Ismalisa.

Kesibukan menguruskan syarikat membuatkan Dato' Salahuddin jarang dapat bermesra dengan Datin Ismalisa. Mujur isterinya amat memahami dan tidak pernah merungut. Namun apabila Noah Dzulkarnain dan Noah Iskandar sudah besar dan pandai berdikari, Datin Ismalisa mula merasa sunyi.

"Abang, Lisa tengok abang macam okey ja... tadi bukankah abang sakit dada?"

Dato' Salahuddin ketawa mendengar kerisauan isterinya. Nampaknya dia terpaksa menceritakan kepada Datin Ismalisa apa yang sebenarnya berlaku tadi.

"Abang jangan buang tabiat macam ni. Lisa takut la." Wajah Datin Ismalisa sudah berubah menjadi keruh. Dia risau sebenarnya jika Dato' Salahuddin sakit teruk.

Dalam sisa ketawa Dato Salahuddin menarik Datin Ismalisa ke dalam pelukannya. Ubun-ubun kepala Datin Ismalisa dicium lama. Kekasih hatinya sejak dari sekolah, dia tidak akan curang selagi hayat di kandung badan. Itulah janjinya dulu.

"Sayang... abang tak sakit sebenarnya... abang..." Datin Ismalisa terngadah mendengar pengakuan Dato' Salahuddin sekejap tadi. Dia terus melarikan tubuhnya dari pelukan Dato' Salahuddin.

"Abangggg!!!" Datin Ismalisa tampar lengan Dato' Salahuddin pula, terus menyeringai suaminya itu. "Kenapa abang buat macam tu? Lisa hampir sakit jantung tadi. Ingatkan abang dah... huhuhu." Datin Ismalisa terus menangis dengan kuat.

"Alahai isteri abang ni, sensitif pula. Abang bukan sengaja tapi abang terpaksa lakukan." Dato' Salahuddin mengesat airmata Datin Ismalisa.

Sayu pula dia lihat Datin Ismalisa menangis tersedu sedan demi ulahnya. Dia sengaja tidak menceritakan rancangannya kerana takut rancangannya tidak menjadi nanti. Dia tidak sangka Datin Ismalisa menjadi tidak keruan begitu.

"Kalau nak berlakon pun beritahulah Lisa sama, boleh Lisa berlakon sama."

Dato' Salahuddin ketawa bertambah kuat. Ingatkan nak marah tapi nak berlakon sama pula.

"Kalau abang beritahu, sayang jadi kaku. Tengok tadi, risau sayang real sangat... tak perlu berlakon pun."

"Isyyy... abang jahatlah." Datin Ismalisa tampar Dato' Salahuddin berkali-kali sehingga puas.

Dato' Salahuddin ketawa hingga berair mata. Seronok pula tengok wajah Datin Ismalisa cemberut macam asam kecut. Nasib baik wajah Datin Ismalisa belum berkedut teruk kerana Datin Ismalisa sangat menjaga kesihatan wajahnya. Walaupun sudah berusia 50an tapi masih jelita seperti wanita 40an.

Datin Ismalisa berhenti memukul selepas Dato' Salahuddin terbatuk-batuk. Risau pula melihat wajah suaminya merah.

"Tapi kenapa?" Dato' Salahuddin pandang wajah kehairanan Datin Ismalisa dan dia menarik nafas panjang.

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now