Hari ini dia menjejak kembali kaki ke sini..Vila Cinta Salisma.
Vila yang dibina oleh Dato' Salahuddin dengan penuh rasa cinta kepada Datin Ismalisa umpama Shah Jahan membina Taj Mahal untuk Mumtaz. Cinta yang abadi.Namun bagi Noah Iskandar cinta papa dan mamanya tidak dapat memberi rasa rindu yang mendalam kepada mereka hanya kerana ulah abangnya, Noah Dzulkarnain.
Kaki melangkah menuju ke pintu pagar. Kepulangannya tidak dikhabarkan kepada sesiapapun. Edry yang menghantar Noah Iskandar segera beredar untuk memberi peluang kepada Noah Iskandar bertemu keluarganya.
Pak Kudus selaku guard di rumah itu terkejut melihat kemunculan Noah Iskandar secara tiba-tiba di vila tersebut.
"Ya Allah, kenapa encik Is balik tak beritahu?" Dipeluknya Noah Iskandar dengan erat.
Hubungan Pak Kudus dan Noah Iskandar memang rapat kerana Pak Kudus sudah lama bekerja dengan Dato' Salahuddin malah dia sudah menganggap Noah Iskandar seperti anaknya sendiri.
"Apa ni Pak Kudus berencik bagai. Kan Is dah pesan panggil Is saja. Pak Kudus dah lupa?"
Pak Kudus hanya mampu tersenyum. Apa yang Noah Iskandar tidak tahu yang Noah Dzulkarnain melarang pekerja papanya memanggilnya dengan panggilan nama sahaja. Mereka semua perlu memanggilnya dengan panggilan encik di pangkal nama.
"Ya..ya..pak Kudus terlupa..maklum dah tua." Dalih Pak Kudus.
"Papa dan mama ada?"
"Ada..nanti pak Kudus bukakan pintu. Mak Ton mesti suka tengok Is dah balik."
Pak Kudus membuka pintu pagar agar memudahkan untuk Noah Iskandar masuk.
Noah Iskandar berjalan menuju ke pintu utama vila tersebut. Suasana sunyi sepi. Perlahan dia membuka pintu dan menjenguk ke dalam rumah. Salam diberi tetapi tiada balasan.
Noah Iskandar berlalu ke ruang tamu, juga tiada sesiapa. Dia terdengar pula suara orang bercakap sayup-sayup di bahagian dapur. Kaki dituju ke arah dapur, kelihatan papa dan mama sedang menjamu selera.
"Assalamualaikum."
Dato' Salahuddin dan Datin Ismalisa terhenti suapan apabila mendengar salam diberi. Mereka segera berpaling kearah suara itu. Sudu dan garfu terjatuh di atas pinggan serentak. Terkejut melihat kemunculan Noah Iskandar.
Datin Ismalisa segera bangun dan merapat menghampiri Noah Iskandar. Tubuh sasa Noah Iskandar terus dipeluk erat
sehingga nafas Noah Iskandar tercungap kerana pelukan terlalu ketat. Datin Ismalisa menangis tersedu-sedu menyambut kepulangan Noah Iskandar.Dato' Salahuddin mengesat airmata yang hampir jatuh melihat sambutan yang diberikan oleh isterinya kepada Noah Iskandar. Dia tidak menjangka Noah Iskandar mendengar rayuannya kerana Noah Iskandar langsung tidak memberitahu yang dia akan pulang.
"Sudahlah tu Lisa, Is dah balikkan. Semput budak tu karang
bila Lisa peluk kuat sangat." Kata Dato' Salahuddin sambil berseloroh dengan Datin Ismalisa."Is balik teruskan. Is balik nak tinggal dengan mamakan. Is tak pergi ke sana lagikan." Bertubi-tubi Datin Ismalisa bertanya kepada Noah Iskandar.
Noah Iskandar menarik bahu Datin Ismalisa dan terus memeluk Datin Ismalisa. Noah Iskandar memberi sebuah ciuman di dahi mamanya.
"Tak mama, Is tak akan balik ke sana lagi. Is akan terus tinggal di sini." Noah Iskandar memberi jaminan kepada Datin Ismalisa.
"Alhamdulillah, mama syukur sangat. Mama minta maaf jika mama dah kecilkan hati Is dulu."
"Syyy..mama tak perlu minta maaf, salah Is juga sebab cepat sentap. Dulu Is bodoh sangat mama."
"Papa pun nak minta maaf sebab papa Is tak mahu balik."
YOU ARE READING
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY
RomanceTidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Isk...