Gisela tarik muncung setibanya di rumah baba Qadri. Tangan dilipat kemas, kaki disila panggung ketika duduk di ruang tamu. Baba Qadri tersenyum melihat telatah anak kesayangannya. Umi sekadar menggeleng, sudah tahu perangai anak daranya.
Gibran hanya mampu tersengih apabila baba dan umi bertanya secara senyap. Dia tahu dia agak tegas dengan Gisela tapi dia perlu lakukan begitu kerana dia sangat sayangkan Gisela.
"Meen... dah kenapa macam tikus mondok ni? Cuba cerita kat baba." Baba Qadri duduk di hadapan Gisela sambil tersenyum.
"Abang ni... dia tak bagi Meen kerja." Gisela membentak.
"Kenapa abang tak bagi Meen kerja? Meen kan dah lama kerja dengan Dato' Salahuddin tu."
"Tu la pasal... Meen dah bagitau kat abang tapi abang bawak Meen lari balik kampung." Muncung Gisela bertambah panjang.
"Gib... kenapa ni?" lembut suara umi menegur Gibran.
Baba Qadri selalu sebelahkan Gisela manakala umi lebihkan Gibran walaupun mereka sayangkan kedua-duanya sama rata. Biasalah anak perempuan akan menjadi kesayangan ayah manakala ibu lebih sayangkan anak lelaki.
"Umi dan baba tanya dia sendiri." Gibran jawab ringkas.
Baba dan umi pandang serentak kepada Gisela. Gisela mula gelabah apabila dua pasang mata memerhatinya serentak. Mulutnya terkumat-kamit... ingin nyatakan sesuatu tapi tidak terkeluar pula kosa katanya.
"Meen... hmm... Meen... alaaa susahlah nak cakap." Gisela mengeluh.
"Apa yang susahnya?" tanya baba.
Gisela bangun dan duduk di sebelah baba Qadri. Lengan baba dipeluk erat, kepala dijatuhkan di atas lengan baba. Cara mudah untuk memujuk baba. Gisela selalu lakukan aksi begitu jika hendak memujuk baba.
Gibran mencebik, tahu sangat taktik adiknya. Dia tahu baba cukup sayangkan adiknya itu, dulu masa kecil... Gibran langsung tidak boleh mengusik Gisela. Kalau Gisela menangis, dia pula yang kena marah.
"G bercinta dengan Is."
"Abang!"
Baba dan umi saling berpandangan, berita yang disampaikan adalah berita gembira tapi kenapa kedua anak-anak mereka nampak macam bergaduh. Baba dan umi kalih pandang Gibran, wajah Gibran masam mencuka.
Gibran tak sukakan Noah Iskandar ke? Gibran cemburu?
"Baguslah... kalau mereka suka sama suka, apa masalahnya?" baba pandang Gibran. Tak kan Gibran sukakan Gisela, mereka tidak boleh berkahwin kerana Gisela adalah adik susuannya.
Baba Qadri tahu Gibran amat protective jika melibatkan Gisela. Gibran juga sudah diberitahu akan hal sebenar... siapakah Gisela yang sebenarnya cuma Gisela tidak mengetahui yang dia adalah anak angkat kepada baba Qadri.
"Masalahnya... baba tahukan siapa Noah Iskandar sebenarnya. Dia anak Dato' Salahuddin, pemilik syarikat Saladin yang terkenal dan Is juga bakal menduduki tempat yang tertinggi dalam syarikat tu. Mana boleh bercinta dengan G yang cuma pekerja di situ." Gibran menjelaskan dalam satu nafas, sengaja tidak menceritakan sebab utama dia melarang Gisela daripada berkawan dengan Noah Iskandar.
"Is hanya despatch la baba, sesuai la PA dengan despatch. Abang tu..."
"Mesti ada sebab lain kan. Tak mungkin sebab antara dua darjat yang menjadi halangan mereka bercinta." tebak baba. "Sekarang zaman milenium, orang tak kisah dah pasal enggang dan pipit ni, ke Gib ada alasan lain."
Umi masih mendiamkan diri, tidak mahu mengusutkan keadaan. Umi seperti biasa akan menyerahkan segala keputusan dalam tangan baba. Dia tahu baba akan membuat keputusan terbaik dalam kehidupan mereka. Contoh paling dekat ialah ketika baba mengambil dia sebagai isteri. Ahaks. Umi tersengih sendiri.
"G, bagitau baba... apa yang berlaku tadi?"
"Apa yang berlaku?" Gisela masih lagi ingin mengelak.
"Isyy... budak ni. Tadi baba, Is hampir kena tembak. Tembak dengan pistol betul bukan pistol air."
Baba dan umi terperanjat hingga terbeliak mata. Boleh pula main tembak-tembak. Ingat polis sentri ke?
"Betul ke Is yang kena bukan Qaid?" Baba Qadri cuba menduga. "Qaid ada sama dengan Gib kan."
Gibran mengangguk. "Betul tapi sasaran mereka bukan Qaid tapi Iskandar."
"Betul baba, bukan abang Qaid sasaran mereka tapi Is... G tahu la se... bab..." Gisela tergemap, alamak! dia sudah terlanjur kata. Nak gostan, semua dah dengar.
"Apa?! Jadi G tahulah yang Is dalam bahaya? Sejak bila?" Suara Gibran sudah tinggi gara-gara terkejut dengan pengakuan Gisela.
"G... G... tahu sebab G sendiri terdengar Encik Nine kata nak bunuh Is masa kat pejabat."
"Meen dengar sendiri?" Baba juga tidak percaya Gisela sudah tahu ada komplot untuk menghapuskan Noah Iskandar.
"Meen tak lapor kat polis?"
"Dah! Tapi Meen lapor kat abang Qaid sajalah. Abang Qaid kata Meen tak cukup bukti nak dakwa Encik Nine, takut nanti Meen silap tuduh... Encik Nine saman Meen pula."
"Habis tu?"
"Abang Qaid suruh Meen dekati Is... dalam kata lain bercinta dengan Is untuk berjaga-jaga tapi tak sangka Meen betul-betul jatuh cinta dengan Is." Gisela tersengih.
Gibran tepuk dahi... tidak percaya Gisela sanggup mempertaruhkan nyawanya demi Noah Iskandar. Dia nak sangat cepuk adiknya yang pendek akal itu. Gisela ingat perkara ini main-main agaknya. Apa akan terjadi kalau Gisela yang tertembak bukannya Noah Iskandar.
"Meen... baba rasa apa yang abang Gib buat ada betulnya. Baba tak mahu Meen pertaruhkan nyawa Meen demi Iskandar."
"Tapi baba... Meen dah mula sayangkan Is. Meen rasa Is juga rasa begitu, kalau tak tak kan dia nak mengaku kat abang Gib."
"Meen... kami larang sebab kami sayangkan Meen." Umi terpaksa masuk campur.
"Tapi Meen sayangkan Is..."
"Cukup! Cukup Gisela Ameena! Mulai hari ini G jangan ke mana-mana. Duduk saja di rumah. Abang boleh tanggung G. Baba juga boleh sara G." Gibran menguatkan lagi suaranya.
Wajah Gibran sudah bertukar menjadi merah... marah dengan kedegilan Gisela.
"Abang tak ada kekasih sebab itu abang tak tahu macam mana orang bercinta. Abang tak boleh halang G. Nanti G lari dari rumah baru tau."
"Enough! Not a single word from you young lady!"
"Abang dah melampau... ditaktor... abang bukannya abang ka..." Gisela terdiam selepas melihat Gibran menjegil kepadanya. Tajam.
"Abang bukan abang apa... G?"
"Tak... tak... G tak... cakap... apa-apa... pun."
Umi pegang tangan baba. Umi cukup takut jika ada pergaduhan dalam keluarganya. Dia rasa Gisela cuba menyatakan sesuatu yang menjadi rahsia mereka tapi benarkah Gisela tahu akan perkara itu.
"Sudah! Bertenang semua. Meen masuk bilik dulu nanti kita bincang lain." Baba terpaksa mengeluarkan kuasa veto untuk meredakan pertengkaran dua beradik itu.
Assalamualaikum!
Salam yang diberikan membuatkan semua yang berada di situ beralih perhatian ke muka pintu. Sebaik saja Qaid melangkah masuk, satu tumbukan keras dilepaskan oleh Gibran membuatkan Qaid tersungkur di pintu.
Abang!
Gibran!
Ya Allah!
Gedebuk!!
YOU ARE READING
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY
RomanceTidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Isk...