Noah Dzulkarnain terlentang di atas sofa dalam bilik sebuah kelab malam milik Ikmal. Beberapa botol minuman keras berselerak di atas meja... habis diteguk Nine.
Gadis-gadis peneman seramai enam orang duduk membuat kerja masing-masing setelah puas melayan nafsu Nine. Gila.
Ikmal datang dan hanya menggeleng melihat keadaan anak saudara kesayangannya. Apa yang membuatkan Nine mabuk malam ini pun dia tak tahu.
Nine bukanlah seorang peminum. Dia tidak suka meneguk minuman keras kerana dia akan menjadi lemah apabila dia mabuk.
Mesti Nine ada masalah besar sehingga dia mampu untuk minum dengan banyak. Ikmal malas hendak bertengkar dengan Nine, sekadar menyuruh gadis-gadis itu beredar.
Tak perlu gerak sebab Nine tidak akan terjaga, Ikmal mengarahkan dua orangnya mengangkat Nine masuk ke dalam kereta.
Ikmal membawa Nine ke kondonya... tidak mahu Dato' Salahuddin tahu yang Nine mabuk jika dia membawa Nine balik ke rumah.
Dato' Salahuddin yang baru balik dari umrah dan ziarah sudah tentu tidak mahu melihat Nine dalam keadaan yang tidak waras itu.
Jika Dato' Salahuddin tahu yang Nine mabuk, mungkin Nine tidak dibenarkan menjadi CEO apatah lagi reputasi Nine tidak begitu memberangsangkan akhir-akhir ini.
Ikmal tidak boleh biarkan perkara itu berlaku kerana dia perlukan Nine untuk menjayakan rancangannya... rancangan untuk merampas Saladin Enterprise untuk dirinya sendiri.
Sampai di kondo, Ikmal hanya meletak Nine di atas sofa ruang tamu. Tak kuasa untuk meletak Nine di salah satu biliknya. Ikmal masuk ke dalam biliknya sendiri untuk berehat. Badan yang semakin dimamah usia perlu mendapat rehat secukupnya.
Nine terjaga apabila matahari sudah menegak di kepala. Nine bangun apabila perutnya berbunyi dengan kuat. Laparlah tu.
Kepala dipegang... pening. Silap dia juga, minum sehingga mabuk. Kalau Ava Ratna tahu dia mabuk begini mesti kena leter tiga hari tiga malam. Ava tak suka Nine minum air kencing syaitan.
Nine perhati sekeliling, nampaknya dia berada di kondo Ikmal. Dia tersenyum senang... bapa saudaranya itu pandai melindunginya daripada papa. Walaupun dia adalah anak kesayangan Dato' Salahuddin dan Datin Ismalisa tetapi Nine tidak boleh melakukan perbuatan yang menyalah syarak.
Tidak boleh! Dato' Salahuddin amat menjaga integriti sebagai usahawan yang bersih dari gelaja yang tidak sihat.
"Hah! Dah bangun." Nine kalih ke belakang setelah mendengar suara Ikmal.
Ikmal menghampiri NIne sambil membawa dua mug berisi kopi panas. Satu mug diberikan kepada Nine. Nine tersenyum manis atas layanan kelas satu daripada bapa saudaranya.
"Uncle bawa Nine balik sini?" Soalan tidak cerdik keluar dari mulut Nine.
Ikmal hanya mendengus. Macamlah Nine tidak tahu apa kesannya jika dia balik ke rumah dalam keadaan mabuk.
"Nak uncle bawa Nine balik ke rumah papa?"
"Hell no!"
Ikmal hanya tersengih. Dia dah tahu Nine takut kepada Dato' Salahuddin. Reputasi sebagai anak kesayangan perlu dijaga agar Noah Iskandar tidak dapat kasih sayang yang lebih daripada Dato' Salahuddin.
Ikmal mengambil tempat duduk berhadapan dengan Nine. Dia mencicip perlahan kopi panas. Nine juga menghirup kopi 2 in 1 dengan rakus untuk menghilang pening kepalanya.
"Kenapa?" soal Ikmal setelah mereka berdiam diri agak lama.
"Kenapa apa?" tanya Nine, tidak faham soalan Ikmal.
"Kenapa mabuk semalam?"
Nine mendengus kasar. Sekelip mata dia teringat akan pertengkarannya dengan Dato' Salahuddin.
"Papa..." Nine terhenti di situ. Dia bangun dan menuju ke beranda. Rambut diusap kasar, cuba untuk bertenang.
Ikmal hanya memerhati gelagat Nine. Dia tidak tahu apa yang berlaku di antara Dato' Salahuddin dan Nine.
"Papa nak Nine kahwin cepat sebab Is pun dah nak kahwin."
"Is nak kahwin? Jadi apa masalahnya?"
"Masalahnya Is nak kahwin dengan Gisela."
"Gisela... PA abang Din? Wow! Bila mereka bercinta?"
"Kannn... Nine pun hairan. Nine dah lama mengorat Gisela tapi Gisela langsung tak layan tapi bagaimana Is boleh bercinta dengan Gisela?"
"Nine kan dah ada Ava, sudah tentu Gisela tak mahu Nine. Ava selalu beri amaran kepada Gisela supaya jangan ganggu Nine sebab itu Gisela tak mahukan Nine."
"Tapi... Nine tak cintakan Ava. Nine sengaja sukakan Ava hanya untuk sakitkan hati Is. Ava pula paksa Nine kahwin dengan dia."
"Uncle tak faham... masalah apanya kalau Is kahwin dengan Gisela?"
"Papa nak kami lahirkan zuriat. Siapa yang lahirkan zuriat dulu papa akan bagi kerusi CEO, uncle rasa?"
Ikmal tunduk, genggaman tangan dikepal kuat. Kenapa abang iparnya hendak buat peraturan baru pula? Ingat perkara ini satu mainan ke? Bagi zuriat baru boleh jadi CEO. Mana abang iparnya dapat idea ini agaknya.
Habis rancangannya untuk menggunakan Nine sebagai alat merampas kuasa Dato' Salahuddin. Tak boleh jadi. Dia perlu fikirkan satu rancangan supaya Nine dapat melahirkan zuriat dahulu.
"Kahwin sajalah Nine. Kahwin dulu daripada Is kemudian pergi honeymoon di tempat yang sejuk sikit... hari-hari boleh buat baby." Ikmal beri cadangan yang membuatkan Nine mencemik.
"Ini lagi satu masalah uncle. Ava tak mau anak."
"Apa?!"
Nine sekadar mengangguk. Ava sudah beritahunya dulu yang dia hendak meluaskan perniagaannya dulu sebelum mendapat anak. Bagi Ava, anak akan melambatkan kerjanya nanti.
Ikmal berjalan mundar mandir. Susah juga untuk meyakinkan Ava kerana Ava tidak pernah mahu menerima pandangan orang lain. Dia dan dirinya sendiri akan membuat keputusan.
"Uncle ada satu rancangan."
Nine senyum jahat. Dia tahu Ikmal boleh menyelesaikan masalahnya dengan cepat... sejak dari dulu lagi. Dia boleh mengharapkan Ikmal.
Nine belum tahu yang Ikmal hanya mempergunakannya saja. Dia ingatkan Ikmal sentiasa sayangkannya lebih daripada Noah Iskandar.
Bapa saudara dan anak saudara... sama saja perangai.
YOU ARE READING
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY
RomanceTidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Isk...