BAB 8 : BINGUNG

358 21 0
                                    

Gisela keluar dari bawah meja Dato' Salahuddin setelah Noah Dzulkarnain dan Ikmal keluar dari bilik itu. Dahinya berpeluh walaupun pendingin hawa masih kuat terpasang. Dia menggigil ketakutan setelah mendengar perbualan antara Noah Dzulkarnain dan Ikmal.

Konspirasi apakah ini? Dia masih berada dalam dunia realiti kan? Setahunya konspirasi sebegini hanya terdapat dalam sinetron atau dalam filem-filem antarabangsa saja. Di Malaysia pun ada juga konspirasi seperti ini?

Perebutan kuasa, perebutan harta tidak dapat dielakkan jika terdapat manusia yang berhati busuk seperti Noah Dzulkarnain dan Ikmal. Gisela berasa seram sejuk mengenangkan apa yang diucapkan oleh Noah Dzulkarnain tadi.

Noah Iskandar berada dalam keadaan yang bahayakah? Perlukah dia mengkhabarkan apa yang dia dengar kepada Dato' Salahuddin atau kepada Noah Iskandar sendiri? Percayakah mereka kepada dia?

Ketika sibuk memikirkan apa yang patut dia lakukan, dia terlanggar sesuatu yang keras. Dahi dipegang, terasa sengal..
siapa pula yang letak tiang di tengah jalan ni. Getus hati Gisela. Setahu dia jalan yang selalu dia lalu tak ada pula tiang di tengah-tengah.

Tapi kenapa tiang ini wangi sangat? Cat jenama barukah? Macam bau pelembut baju pun ada. Sambil menggosok dahi,
Gisela buka mata dan sebaik sahaja dia lihat di depan mata,
Gisela ketap bibir.

Speaking of the devil and the devil is standing in front of me.
Ayat penyata yang keluar di minda bukan di mulut. Tak berani dia berkata begitu di hadapan tiang yang dilanggarnya.

"Ma..af..sa..ya..tak nam..pak." Tangan disusun rapat, maaf dipohon, Gisela dah macam anak memohon maaf kepada ibu tirinya.

"Memanglah tak nampak, kaki berjalan tapi fikiran ke laut. Nasib baik tak bawa air, kalau tak basah lagi aku hari ini." bentak Noah Iskandar.

Gisela membisu, tiada hati untuk menjawab,fikiran Gisela berkeceramuk. Noah Iskandar sudah ada di depan mata. Perlukah dia memberitahu Noah Iskandar apa yang dia dengar tadi? Perasaannya libang libu, tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.

"Err Encik Iskandar, saya nak bagitau..." Sebelum sempat Gisela menghabiskan ayatnya, Noah Dzulkarnain sudah memintas cakapnya.

"Gisela, papa mana? Tadi saya masuk dalam pejabat dia tak ada. Awak pun tak ada dekat meja depan, awak ke mana?"

"Dato' lunch dengan Datin..Dato' tak balik pejabat, dia nak teman Datin shopping."

"Hmm..mama tak habis-habis shopping. Nak beli apa lagi agaknya."

"Datin nak cari jubah dengan tudunglah Encik Nine. Merekakan nak pergi umrah." jelas Gisela yang lebih tahu perihal Dato' Salahuddin dan Datin Ismalisa daripada kedua anak mereka.

"Papa dan mama nak pergi Mekah? Mereka tak bagitahupun."
Noah Dzulkarnain pelik kenapa dia tidak tahu.

"Opss..Dato' tak beritahu lagi eh. Saya baru ja cari package umrah untuk Dato' semalam, nanti kut Dato' beritahu."
Gisela garu kepala. Dia dah terbocor rahsia ke? Aduh! Gawat ni.

"Kau tahu Is?"

Noah Iskandar sekadar geleng kepala. Sepatah perkataan tidak keluar dari mulutnya. Gisela memandang pelik kepada Noah Iskandar. Kenapa dengan dua beradik ni? Langsung tidak bertegur sapa, macam orang luar saja lagaknya.

"Baguslah kalau papa ke Mekah, boleh awak jadi PA saya pula." Noah Dzulkarnain sudah tersengih sehingga nampak gigi putihnya.

Noah Dzulkarnain sudah lama idamkan Gisela untuk menjadi setiausahanya tapi Gisela selalu mengelak. Noah Dzulkarnain tidak boleh buat apa-apa kerana Dato' Salahuddin bertindak sebagai penyokong kuat Gisela.

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now