BAB 40

424 18 0
                                    

Majlis resepsi Noah Dzulkarnain & Ava Ratna dan Noah Iskandar & Gisela Ameena berlangsung dengan meriah. Tumpuan semestinya kepada Ava Ratna seorang model dan pemilik butik kerana dia memiliki aura hebat sebagai selebriti.

Ava Ratna mengenakan gaun dari jenama terkenal. Pesonanya cukup memukau para tetamu. Seperti puteri turun dari kayangan lagaknya.

Gisela Ameena pula mengenakan busana tradisional, songket Terengganu berwarna merah hati. Walaupun Gisela cuba bersederhana dalam solekannya tapi auranya tetap menyerlah. Raut wajah menurun dari ayahnya cukup membuatkan ramai terpaku melihatnya.

Perbezaan busana sengaja dipilih supaya  mereka tidak dibandingkan oleh tetamu. Masing-masing memiliki daya tarikan tersendiri. Noah Iskandar dan Gisela seperti Raja dan Permaisuri zaman dulu manakala Noah Dzulkarnain dan Ava Ratna seperti putera puteri dari kayangan.

Sama cantik sama padan... itulah yang dibisikkan oleh tetamu Dato' Salahuddin dan Datin Ismalisa. Dato' Salahuddin tak lekang dari senyuman tapi hatinya begitu resah memikirkan perkara yang bakal dia lakukan apabila seesai majlis resepsi nanti.

Segala ucapan tahniah seakan angin lalu bertiup di tepi telinganya. Resahnya menjadi-jadi apabila majlis hampir tamat pada pukul 5 petang. Datin Ismalisa tidak mengetahui rancangan Dato' Salahuddin dan dia merasa bersyukur kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Selesai majlis resepsi, Dato' Salahuddin mengumpulkan anak-anak menantunya.

"Nine, Is... kita balik rumah sekarang. Papa ada hal nak bincang."

"Papa, Nine dak booking bilik hotel ni. Tak best la kalau balik rumah, kami nak honeymoon dulu."

"No! ini arahan. Papa nak selesaikan perkara ini secepat mungkin!" Suara Dato' Salahuddin kedengaran tegas.

Noah Dzulkarnain dan Ava Ratna mencebik sementara Gisela hanya menunduk. Tiba-tiba Gisela merasa resah. Dato' Dzulkarnain hendak dedahkan perbuatan Nine ke? Rasa risau menerjah dalam jiwa. Wajah Noah Iskandar dipandang lama, memberi isyarat mata kepada Noah Iskandar. Noah Iskandar sekadar menggeleng, juga memberi isyarat tidak tahu kepada Gisela.

"Ini mesti kau punya kerja kan Is? Kau marah sebab tak dapat suite di hotel ni kan?" Noah Dzulkarnain cekak pinggang depan Noah Iskandar.

"Tak, Is tak booking mana-mana bilik pun. Kami nak balik kampung."

"Apa yang seronok sangat balik kampung? Is pun nak jadi kolot macam budak kampung ni? Pleasee." Ava ketawa mengejek.

"It's better than I stay with you two." Ava mendengus, tidak suka mendengar apa yang Noah Iskandar cakap. Mata menjeling kepada Gisela.

"Tipu! Kau selalu tak suka kalau aku lebih daripada kau. Kau kena ingat Is, kau tu adik... aku abang. Jadi aku lebih berhak..."

"Sudah! Tak kan kat sini pun nak bergaduh. Patutlah Is selalu tak balik rumah malah sanggup tinggal di kondo." Dato' Salahuddin pegang dada. "Nine, tolong... papa ada hal nak bincang."

Dato' Salahuddin duduk, dia kelihatan penat. Datin Ismalisa menerkam kepada Dato' Salahuddin lantas mengurut perlahan belakang badan Dato' Salahuddin. Dia tahu jika Dato' Salahuddin stress, sakit dadanya akan menyerang.

Noah Iskandar dan Gisela juga merapati Dato' Salahuddin tapi mereka tidak berbuat apa-apa. Noah Iskandar hendak menelefon talian kecemasan tapi dilarang oleh Dato' Salahuddin. Noah Dzulkarnain dan Ava hanya memandang dari jauh, langsung tidak tergerak hati hendak menghampiri Dato' Salahuddin.

"Papa minta maaf jika apa yang papa buat ni buat anak-anak papa kecewa tapi ini semua untuk kebaikan Nine dan Is." Dato' Salahuddin bercakap dalam nada perlahan.

"Apa maksud papa? Nine tak faham." Noah Dzulkarnain menghampiri Dato' Salahuddin.

"Nine, tolong... aku rasa papa sakit. Kita kena bawa papa ke hospital. Papa, kita ke hospital ya?" Noah Iskandar memegang tangan Dato' Salahuddin, ingin mengangkat Dato' Salahuddin.

Dato' Salahuddin masih statik di atas kerusi, kepala digeleng berkali-kali. Wajah Datin Ismalisa dipandang dengan rasa sayang. Isteri yang bersamanya ketika susah dan senang selama 35 tahun. Cinta hatinya sejak remaja, cintanya tidak pernah berpaling kepada orang lain. Setianya hanya kepada seorang wanita, Datin Ismalisa.

Datin Ismalisa hanya tunduk memandang lantai, tidak sanggup menatap wajah Dato' Salahuddin. Dia tahu masanya sudah tiba untuk Dato' Salahuddin dan dia tidak dapat berbuat apa-apa. Semuanya sudah tertulis.

"Apa dah terjadi? Papa... mama..." Noah Iskandar keliru melihat pandangan pelik di depan matanya. Dato' Salahuddin dan Datin Ismalisa berkelakuan aneh.

"Kita balik dulu. Mungkin papa perlukan rehat. Papa mesti penat dengan majlis ini." Gisela memberi cadangan.  "Atau kita check in saja di hotel ni. Cepat sikit papa boleh berehat."

"Kau siapa nak bagi cadangan macam tu. Sepatutnya Nine yang tentukan semua sebab dia anak sulung. Kau tu menantu saja." Ava mencemuh Gisela. "Nine suruh papa balik rumah. Kita stay sini. Is boleh jaga papa kat rumah."

Eh! Tadi kata Nine anak sulung yang patut buat keputusan tapi sekarang? Siapa

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now