BAB 11: MAWAR BERDURI

364 16 0
                                    

Sekuntum ros merah tercatuk elok di atas meja Gisela. Gisela yang baru tiba agak terkejut menerima kejutan sebegitu. Siapa pula yang bermurah hati memberi bunga pagi-pagi ni. Gisela mengambil bunga tersebut lalu dicium bunga hidup itu. Hmm wangi.

Seketika dia terpaku. Eh! Kenapa aku cium bunga ini pula? Dia tidak tau siapa pengirim bunga tersebut. Dijampinya bunga ini mahu aku bengong seumur hidup. Gisela memerhati sekeliling, berharap agar insan yang memberi bunga tersebut ada di situ tapi hampa.

Ahh! Lantaklah. Kalau nak sihir dia tak perlu bagi bunga, bagi je kereta ke banglo sebiji ke dia sanggup ikut sepanjang hayat.
Haha Gisela gelak jahat..dalam hati je la. Ingat aku murah sangat ke. Aku bukan seorang yang materialistik. Sambil cium bunga sambil berangan. Berangan kan free.

Kelakuannya dipandang dengan minat oleh Noah Iskandar. Dia menggelengkan kepala. Gadis dan bunga..tak dapat dipisahkan. Dapat bunga sekuntum pun boleh sengih sampai ke telinga. Perempuan oh perempuan.

"Dapat bunga sekuntum ja pun, sengih sampai ke telinga..tu belum dapat kereta ka rumah ka." Noah Iskandar perli Gisela tapi kenapa ayat Noah Iskandar macam ayat author eh. Ahaks.

Gisela jeling Noah Iskandar. Jealous la tu. Getus hati Gisela. Kenapa si Noah Iskandar nak sibuk pula kalau aku dapat apa pun. Bukan dia yang bagi kan..kan. Banyak pula monolog dalam chapter ini. Hehe.

"Er..er.. selamat pagi Encik Iskandar. Awal hari ini." Gisela sengih lagi tapi kaki melangkah menjauhi Noah Iskandar.

Noah Iskandar pandang pelik kepada Gisela. Dah kenapa budak ni menjauhi aku pula. Dia pandang di tangan Gisela. Oh! Patutlah. Di tangan Gisela selain daripada bunga, ada muk berisi air. Mesti takut tersimbah dekat aku lagi la tu.

"Tu dah kenapa nak jauh dari aku? Aku mandi la pagi ni." Saja nak usik Gisela.

"Eh! Tak..tak.. bukan macam tu..saya takut encik mandi kali kedua ja nanti." Gisela tarik sengih lagi dan lagi.

Entah mengapa berhadapan dengan Noah Iskandar, dia menjadi begitu gugup sekali. Takut? Rasanya tak kut. Berdebar? Mungkin. Aura Noah Iskandar lain macam sikit. Tak macam Noah Dzulkarnain. Noah Iskandar mempunyai karismatik yang tersendiri.

Atau mungkin dia sudah tahu apa yang bakal dihadapi oleh Noah Iskandar jadi dia berasa simpati? Entahlah tapi untuk merealisasikan rancangan sepupunya, rasanya agak susah untuk Gisela kerana Noah Iskandar cukup susah untuk didekati.

"Hmm it' s good for you that you're concerned. Better be careful from now onwards..miss clumsy plus miss dreamy." Sinis kata Noah Iskandar membuatkan Gisela terpaku di situ.

Mata Gisela terjegil sambil memerhati Noah Iskandar beredar dari situ. Gisela juling mata ke atas. Ada ke patut dia panggil aku miss clumsy dan miss dreamy. Miss clumsy tu betullah tapi miss dreamy...rasanya dia bukan jenis berangan sangat pun.Sikit..sikit tu adalah tapi biasalah, tak salah berangan kan.

Tanpa sedar Gisela senyum manis apabila menyedari Noah Iskandar menegurnya pagi ini walaupun bukan menggunakan ayat yang manis tapi cukup untuk menggembirakan hati Gisela.

Mungkin juga itu satu petanda yang baik? Tidak lama senyuman Gisela mati apabila Noah Iskandar berhenti melangkah dan berpaling kearahnya.

"By the way, just call me Iskandar or Is..Encik Iskandar not suitable for me and I prefer giving you chocolate than flowers. Flowers are so lame."

Maka dengar saja kata Noah Iskandar, senyuman manis Gisela terpasung sepanjang hari. Eh! Jadi bukan Noah Iskandar yang beri bunga kepada dialah.

Ahhh! Malas memikirkan secret admirer yang beri bunga kepadanya, Gisela terus menjalankan tugas hariannya.

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now