BAB 5 : CLUMSY GISELA

370 23 0
                                    

Gisela Ameena tekun menjalankan tugas tanpa memanggung kepala walaupun sedetik. Malu dengan Dato' Salahuddin kerana menyembang dengan rakan-rakannya sehingga tidak sedar waktu bekerja sedang berlalu.

Seminggu meninggalkan tugas sementara menjadikan kerjanya menimbun dan dia terpaksa merujuk kepada Kak Deeja yang memangku tugasnya. Nasib baik Kak Deeja seorang yang baik hati sanggup mengganti tugasnya. Sebagai balasan Gisela memberi cenderahati kepada Kak Deeja.

Senyuman Kak Deeja amat panjang setelah mendapat hadiah daripada Gisela.

"Kak Deeja, ini hadiah tau sebab dah tolong G. Jangan fikir lain pulak."

"Alah Kak Deeja tahulah. Terima kasih tau. Nanti pergi makan angin ke Paris pula tau, baru best hadiahnya."

"Amboi! Kopaklah G. Nanti G kahwin dengan CEOlah baru boleh pergi honeymoon kat Paris."

"Jangan G, dengar dekat Datin Ismalisa mahu kena potong 18 G nanti."

"Ishh Kak Deeja, G bukan nakkan Dato' tu, selisih malaikat 44.G cari CEO company lain la."

"Tapikan bakal CEO ada..single lagi. Bolehlah G masuk jarum."

"Siapa?"

"Noah Dzulkarnain tu, kan dia bakal gantikan Dato'."

"Si Nine tu? Tak maulah. Kasanova."

"Jangan G, nanti..."

"Opss..jangan sebut. Kata-kata Kak Deeja tu satu doa. Jangan sebut, takut makbul. Hehe."

Gisela tersenyum terkenangkan perbualannya dengan Kak Deeja tadi. Perbualan yang menjurus kepada kerja terus melalut kepada kahwin, bakal CEO dan honeymoon pula.

Menyentuh bab kahwin, Gisela termenung sejenak. Bagaimana nanti jika dia akan berkahwin. Siapa yang akan menjadi walinya jika benar dia anak angkat. Adakah segalanya akan terbongkar pada masa itu?

Bagaimana pula reaksi baba dan umi? Adakah mereka akan menerangkan statusnya yang sebenar? Tidak mungkin mereka akan mendiamkan perkara yang sebesar itu di hari pernikahannya kerana nikahnya tidak akan sah jika walinya juga tidak sah.

Memikirkan segala kemungkinan itu membuatkan nafas Gisela tersekat. Hampir tercungap mencari nafas seperti ikan terkandas di atas daratan. Dia tidak menyedari gelagatnya diperhati oleh Dato' Salahuddin dan tetamu yang berada di bilik Dato' Salahuddin.

Dinding bilik Dato' Salahuddin adalah telus kerana dilengkapi dengan cermin sepenuhnya. Noah Dzulkarnain dan Ikmal pula tersengih melihat Gisela namun Noah Iskandar hanya memerhati dengan pandangan yang tajam.

Rasanya dia pernah berjumpa dengan perempuan ini tapi di mana ya? Puas Noah Iskandar memikir tapi ingatannya tidak sampai ke tempat yang sepatutnya. Ahh! Buang masa memikir di mana dia berjumpa perempuan ini. Dia ada misi yang lebih penting daripada memikirkan Gisela.

Gisela Ameena, setiausaha merangkap PA papanya, Noah Iskandar mengakui nama itu agak unik. Wajahnya juga tidak menunjukkan yang dia melayu asli, pasti ada campuran. Noah Iskandar agak perempuan dengan wajah begitu pasti sombong tapi bila ditilik lama Noah Iskandar mendapati senyuman tidak lekang dari bibir gadis itu.

"Ehem!!"

Deheman keras daripada Dato' Salahuddin mengejutkan Noah Iskandar. Kepala dipusing pantas memandang papanya. Dato' Salahuddin sudah tersengih melihat Noah Iskandar ralit memerhati Gisela. Siapa yang tidak tertarik dengan PAnya. Gadis itu cantik dipandang tetapi agak kelam kabut.

Noah Iskandar baru sedar yang Noah Dzulkarnain dan Ikmal sudah tiada di dalam bilik Dato' Salahuddin. Entah bila masa mereka keluar pun dia tidak sedar, asyik skodeng Gisela punya pasal. Noah Iskandar tarik senyum hambar. Kantoi.

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now