BAB 44: HARI BARU

412 20 6
                                    

Majlis resepsi sudah...
Berbulan madu sudah...
Balik kampung berkenalan dengan sanak saudara pun sudah...
Eh! Berkenalan dengan suami pun dah sudah...

Jadi pagi ini Gisela terpaksa kembali ke pejabat. Liat juga nak bangun selepas subuh tadi tapi memandangkan dia berada di rumah mertua maka terpaksalah menebalkan muka turun ke dapur.

Kalau di rumahnya sendiri, jangan harap dia nak masak. Semua umi yang buat. Gisela nak masak? Ribut petirlah kampung itu. Perangai malas nak masak itulah menjadi bahan ejekan Gibran.

Sampai di dapur, Gisela hanya mampu tersengih apabila Datin Ismalisa dan Dato' Salahuddin sudah berada di meja makan. Noah Iskandar juga belum turun, masa Gisela turun... Noah Iskandar sedang bersiap.

"Haaa Meen, mari kita makan bersama, sedap mama masak pulut ikan masin hari ini." Dato' Salahuddin menggamit Gisela supaya duduk.

"Baik... baik... Dato. Selamat pagi Datin." Gisela dan sikap gelabahnya tak boleh hilang.

"Budak ni, Dato' Datin apa pula... kami ni mertua awaklah Meen." Datin Ismalisa tegur Gisela sambil tertawa kecil.

"Hahh?!" Gisela garu kepala.

"Kita bukan kat pejabatlah sayang." Noah Iskandar peluk dari belakang membuatkan Gisela kejung.

Gisela segera menolak sehingga Noah Iskandar terenjak beberapa tapak ke belakang. Dato' Salahuddin dan Datin Ismalisa hanya tersenyum senang dengan gelagat anak menantu mereka.

"Dah... dah... simpan sikit gurau tu untuk malam nanti. Sekarang cepat makan, lepas tu pergi ofis. Papa ada hal nak cakap dengan kamu nanti." Dato' Salahuddin sudah menjeling kepada Noah Iskandar.

Kesian pula dia lihat Gisela sudah kejung macam arca di Balai Seni Lukis. Mungkin Gisela masih malu dengan mereka. Yalah, daripada majikan jadi mertua... mesti rasa awkward sampai tersilap panggil.

Noah Iskandar tarik Gisela duduk bersebelahan. Pinggan diambil dan meletak sedikit pulut serta kelapa parut. Seekor ikan masin juga diletak bersama-sama.

"Sayang tahu makan pulut ikan masin?" Noah Iskandar kerling Gisela.

"G tahulah. G kan anak kampung, mestilah G tahu makan ikan masin malah G pun pandai makan petai, sambal belacan, budu dan tempoyak. Cuma..." Gisela senyum sinis.

"Cuma?" Noah Iskandar, Dato' Salahuddin dan Datin Ismalisa serentak memandang Gisela, menanti dengan sabar jawapan Gisela.

Gisela terkebil-kebil melihat ketiga-tiga beranak memandang macam nak telan dia. Wow! Sesuatu sangat pandangan itu. Gisela dah dapat lihat senyuman nakal Noah Iskandar.

"Cuma G tak pandai masak." Gisela terus tunduk, malu untuk menatap wajah-wajah harapan mereka.

"Laa... ingatkan apa tadi. Mama dulu pun tak pandai masak tapi lama-lama bolehlah masak masakan kegemaran papa." Datin Ismalisa terus menyambung makan yang terbantut tadi.

Gisela senyum senang. Ingatkan nak kena marah atau kena perli tadi. Dia menarik nafas panjang. Mata menjeling Noah Iskandar tapi Noah Iskandar ralit bersembang dengan Dato' Salahuddin.

Ketika mereka makan dengan tenang tiba-tiba...

"Good morning everyone, nice to see you all. I'm back." Noah Dzulkarnain muncul dengan wajah ceria bersama Ava Ratna.

Ava Ratna hanya senyum hambar kepada mereka. Wajah tak bawa rezeki, asyik membongkak saja walaupun yang berada di depannya adalah ibu dan bapa mertuanya.

Noah Dzulkarnain tarik kerusi lalu duduk sambil menggosok tangan tanpa pedulikan Ava Ratna. Seleranya memuncak melihat pulut tanak ikan masin di atas meja.

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now