Noah Iskandar termenung di hadapan Dato' Salahuddin dan Datin Ismalisa. Rasa tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh papanya.
Datin Ismalisa hanya mampu tersenyum hambar. Dia sendiri tidak menduga yang Dato' Salahuddin membuat peraturan sedemikian untuk anak-anak mereka.
Kasihan dia lihat wajah Noah Iskandar yang muram. Wajah Noah Iskandar amat ceria apabila menceritakan hasratnya untuk berkahwin dengan Gisela.
Namun kegembiraan Noah Iskandar pudar apabila Dato' Salahuddin menyatakan peraturan baru untuk Noah Iskandar dan Noah Dzulkarnain.
"Papa tak boleh buat macam ni. Is tak mau bersaing dengan Nine." Noah Iskandar mula protes.
"Is tak faham... papa sayangkan Is dan juga Nine."
"Tapi Is rela serahkan semuanya untuk Nine. Is dah ada kerjaya di sana. Is tak mau..."
"Cukup! Papa tak mau dengar alasan Is. Kalau Is tak mau ikut cakap papa..."
Noah Iskandar berdebar-debar menanti kata-kata yang bakal keluar dari mulut Dato' Salahuddin.
"Is tak boleh kahwin dengan Gisela. Papa akan carikan calon menantu yang papa suka."
"Papa!"
"Abang!"
"Mengapa libatkan Gisela dalam hal ini? Dia tak bersalah." Noah Iskandar tepuk meja.
"Dia bersalah kerana menjadi duri dalam hubungan Is dan keluarga kita."
"Apa maksud papa?" Noah Iskandar pelik dengan Dato' Salahuddin.
Setahunya Dato' Salahuddin sukakan Gisela. Dato' Salahuddin selalu memuji Gisela sebagai pekerja yang cemerlang. Kenapa hari ini Dato' Salahuddin seolah-olah memusuhi Gisela pula.
Ada yang tak kena ke?
"Abang kenapa tuduh Gisela macam tu. Bukankah abang sayangkan Gisela seperti anak sendiri?" Datin Ismalisa juga hairan dengan perubahan mendadak suaminya.
Datin Ismalisa juga perasan akan perubahan Dato' Salahuddin selepas pulang dari mengerjakan umrah. Entah apa yang merasuk fikiran Dato' Salahuddin.
"Meen yang hasut Is supaya balik ke UK kan? Meen tak dapat menerima Nine berkahwin dengan Ava sebab itu dia nak lari dari sini."
Noah Iskandar dan Datin Ismalisa begitu terkejut dengan pernyataan Dato' Salahuddin.
"Apa yang papa merepek ni?"
"Yalah abang, mana abang dapat benda yang merepek ni?"
Serentak Noah Iskandar dan Datin Ismalisa bertanyakan soalan yang sama. Pelik... memang pelik apa yang dikatakan oleh Dato' Salahuddin.
Siapa pula yang menghasut Dato' Salahuddin mengenai perkara yang tidak benar ini?
"Betullah... Meen sukakan Nine tapi Nine lebih cintakan Ava. Sebab itu dia goda Is sampai nak kahwin. Dia nak balas dendam kepada Nine saja dan dia sanggup pergunakan Is."
"Stop! Stop! Apa yang papa cakap langsung tak masuk akal. Gisela sukakan Nine? Hikayat mana yang papa dapat ni?" Noah Iskandar ketawa.
Noah Iskandar sudah dapat teka apa yang sedang berlaku sekarang. Seseorang menyampaikan berita yang tidak benar mengenai Gisela.
Adakah ini rancangan Noah Dzulkarnain supaya dia tidak dapat berkahwin dengan Gisela? Jika Nine dapat berkahwin dulu mesti dia akan menimang cahayamata terlebih dulu daripada Noah Iskandar.
Jadi secara automatik, Nine akan berjaya menjawat jawatan CEO. Bijak! Bijak! Noah Dzulkarnain sangat bijak jika hendak mengenakan dia.
"Betulkan?" Dato' Salahuddin bengang melihat Noah Iskandar ketawa dengan kuat.
"Entahlah. Betul gamaknya. Papa tanyalah sendiri dengan Gisela. Is pun hairan mengapa Gisela tiba-tiba minat kat Is." Ketawa Noah Iskandar masih lagi bersisa.
Datin Ismalisa bertambah pening melihat sketsa keluarganya. Dia ingatkan keluarga mereka akan bertambah harmoni selepas dia berubah nampaknya keharmonian yang dia idamkan masih lagi jauh.
Noah Iskandar duduk sambil silang kaki. Nine nak main kasar lagi nampaknya. Dia baru saja hendak beralah dan akan meninggalkan segala harta Dato' Salahuddin kepada Nine tetapi Nine cuba mencabarnya.
Dulu Nine merampas Ava daripadanya dan dia tak kisah pun kerana beranggapan mereka tiada jodoh. Sekarang Nine cuba untuk merampas Gisela pula?
Kenapalah penyakit tamak Nine tak hilang lagi. Semua dia nak sapu. Nine tahu yang Gisela tak sukakan dia tapi mengapa masih nak tuntut Gisela?
Hailah Nine. Gunalah helah lain kalau nak mencabar dia juga. Noah Iskandar ketawa lagi.
"Okeylah papa. Is sahut cabaran papa tapi dengan syarat... Is tetap akan berkahwin dengan Gisela."
Noah Iskandar tidak mahu mengalah lagi jika Nine masih mahu bermain kotor. Biarlah berpatah arang sekali pun dia akan lawan habis-habisan walaupun dia tahu nyawa mereka yang menjadi taruhan.
Nine sudah cuba untuk membunuhnya, mungkin Nine akan cuba lagi demi kerusi CEO.
Noah Iskandar perlukan satu rancangan untuk berlawan dengan Nine. Ilmu berlawan dia belum cukup ampuh untuk menentang Nine. Dia perlu menuntut ilmu berlawan lagi tapi dengan siapa?
Noah Iskandar tarik senyum selepas dia sudah dapat dengan siapa dia akan menuntut ilmu perang. Tanpa berlengah Noah Iskandar terus keluar dan mendapatkan motorbikenya.
Tujuannya hanya satu.
Dia perlu menapak satu langkah ke hadapan mendahului Nine jika dia mahu berjaya dalam perlawanan ini.
Semoga berjaya.
YOU ARE READING
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY
RomanceTidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Isk...