BAB 6 : CLUMSY GISELA..AGAIN.

419 17 0
                                    

Empat sekawan.. Gisela, Jemy, Amy dan Fifiy berjalan menuju ke kedai makan Tomyam Gegar untuk makan tengahari mereka. Keempat-empat mereka memang peminat makanan Patani dan makanan di kedai makan itu memang sedap dan kena dengan tekak mereka walaupun Gisela kurang gemar makanan pedas. Lidah dia tak tahan pedas dan sebab itu juga dia selalu diperli oleh rakan-rakannya sebagai anak orang putih.

Mereka mencari port tetap mereka..di satu sudut kedai makan itu. Pekerja kedai makan sudah maklum dengan kedatangan mereka dan pasti kedai itu akan riuh rendah. Suara mereka bercakap akan bergema satu kedai..itu belum mereka gelak lagi. Memang havoc.

Setelah mengambil makanan, doa di baca oleh Fifiy dan mereka menjamah makanan dengan penuh selera. Sedang mereka ralit makan tiba-tiba suara Jemy memecah suasana.

"Hey! Korang tahu tak yang kita ada despatch baru?"  wajah teruja Jemy melata di mata rakan-rakannya.

"Siapa Jemy?" tanya Amy dan Fifiy serentak.

Gisela menyuap makanannya dengan selamba. Malas hendak ambil peduli apa yang dicakapkan oleh Jemy.

"Kalau tak silap aku nama dia Iskandar. Handsome tau."

"Kau pernah tengok?" tanya Amy.

"Hello, akukan penyambut tetamu mestilah aku tengok. Aku siap bersembang lagi dengan dia. Aku dengarkan dia baru balik dari luar negara, pernah kerja di sana tapi kenapa ek dia jadi despatch saja kat syarikat kita?" Tanya Jemy..hairan.

"Isy..biarlah dia nak kerja apa pun..yang kau sibuk kenapa?" Sanggah Gisela.

"Eh! Ikut suka aku la tapi aku tak pernah nampak pun."

"Kau tu PA bos, mana layan orang kerja bawah macam kami ni." Kata Jemy..sendu.

"Apa cakap macam tu..aku tak pandang
pangkatlah..kau ni Jemy..cakap macam tak kenal aku."

Jemy hanya tersengih. Dia tahu tapi saja nak duga Gisela. Gisela bukan seperti gadis lain yang menggunakan kecantikan untuk menggoda lelaki.

Taste Gisela bukanlah seorang yang berpakaian kemas..berbaju kemeja, berkot dan berseluar slack tetapi lelaki maskulin yang memakai jaket dan seluar jeans.

Fifiy dan Amy tidak mahu menyampuk perbualan Gisela dan Jemy. Mereka berdua hanya tersenyum dan menyuap makanan dengan penuh selera. Gisela meminta diri untuk ke tandas sekejap. Tiba-tiba saja pundi kencingnya meminta untuk dibuang bahan toksiknya.

Jemy, Amy dan Fifiy meneruskan suapan makanan mereka dan bersembang dengan rancaknya sebelum mata Jemy terbuka luas apabila dia melihat satu pemandangan yang memaku penglihatannya. Di pintu masuk kedai makan kelihatan dua jejaka tampan masuk ke dalam kedai.

Jemy segera memberi amaran kepada rakan-rakannya agar melihat kearah yang sedang diperhatinya.

"Kau dah kenapa duk muncung mulut ke pintu kedai ni?" Tanya Amy..hairan.

Walaupun hairan tetapi mata tetap ke arah yang menjadi tumpuan mata Jemy. Matanya turut membulat melihat insan yang sedang menapak ke arah salah satu meja yang terdapat di situ.

"Oh my! Indahnya pemandangan." Terpaku juga matanya melihat dua orang jejaka yang tidak dikenalinya.

Fifiy hanya mampu tertelan liur tanpa dapat menzahirkan kata-kata. Segala perbuatan terhenti seketika, teruja melihat keindahan ciptaan Allah SWT. Mata ralit memerhati sehinggalah kedua jejaka itu melintasi meja mereka.

"Siapa tu?" Amy begitu teruja untuk mengetahui siapakah mereka berdua.

"Kalau kau nak tau, tulah despatch baru syarikat kita." Jemy dengan bangganya memberitahu rakannya.

"Biar betul. Hansome, macho macam tu despatch je?" Amy seakan tidak percaya dengan kenyataan itu.

"Dahsyat juga company kita punya citarasa ye. Habislah orang lain tak boleh cari makan dekat company kita kalau begini punya demand."Komen Fifiy.

"Kann.." Amy angguk setuju.

"Kawan dia pun merecik habis aku tengok. Nampak macam kerja besar ja dengan kot bagai."

Rupa-rupanya jejaka yang mereka sibuk bincangkan itu ialah Noah Iskandar dan Edry Sulaiman. Memang mereka jejaka hot pun. Siapa yang tengok mereka, kepala mesti terteleng melihat sehingga terlupa kepada kedudukan asalnya.

Gisela yang baru keluar dari tandas hairan melihat rakan-rakannya begitu asyik berbincang. Wajah masing-masing berkerut macam membincangkan sesuatu yang amat serius. Suara pula tidak kedengaran , hanya terdengar bunyi sok sek sok sek sahaja. Apa-apa ajalah. Nanti dia akan tahu juga apa yang mereka bincangkan.

Dia berjalan perlahan menuju ke mejanya, ingin menyambung kembali aktiviti makannya yang terbantut tadi. Sebaik sahaja dia hampir, entah bagaimana dia tersilap langkah sehingga menyebabkan dia tergelincir dan hampir jatuh. Gisela yang terkejut tertolak pelayan yang sedang meletakkan minuman di atas meja Noah Iskandar.

Tolakkannya menyebabkan air minuman Noah Iskandar dan Edry Sulaiman terpelanting dan landing elok di atas Noah Iskandar. Kejadian berlaku pantas dan pelanggan di kedai makan sudah ternganga melihat kejadian yang tidak dijangka itu.

"Gisela!!!" Jemy, Amy dan Fifiy menjerit serentak. Fifiy sudah menutup mulutnya yang luas terbuka.

Gisela yang masih terpinga-pinga pelik melihat semua yang berada dalam kedai itu memandangnya dengan pandangan yang dia tidak dapat tafsirkan. Mata mereka bersilih ganti memerhati dia dan insan di meja sebelahnya.

Dia menyedari sesuatu telah berlaku di sebalik kejadian dia hampir jatuh tadi. Perlahan-lahan dia kalih melihat apa yang menarik perhatian mereka yang lain. Apa yang dilihatnya membuatkan jantungnya berdetak dengan amat kuat.

Noah Iskandar ketika itu sudah basah disirami air minuman dia dan Edry. Nasib baik minuman sejuk yang diorder tadi kalau air panas mau masuk ICU. Apa yang menggerunkan Gisela ialah bukan kesan tumpahan air tersebut tetapi renungan tajam yang diberikan oleh Noah Iskandar kepadanya.

Masa seperti terhenti kerana masing-masing masih belum mengeluarkan sepatah perkataan pun. Masih memandang antara satu sama lain. Akhirnya Edry menyelamatkan keadaan dengan menyapa Gisela terlebih dahulu.

"Eh! Cousin Qaid Uzairkan. What a small world." Edry cuba menghilangkan rasa canggung di antara Gisela dan Noah Iskandar.

Gisela  yang baru tersedar, sekadar mengangguk kepala.

"Encik, maafkan saya..saya..saya tak sengaja." Gisela hanya mampu meminta maaf kepada Noah Iskandar.

Noah Iskandar masih membatu di situ lalu mendengus marah. Sebelum beredar dia mengangkat dua jari telunjuk dan tengah tanda dua kepada Gisela.Isyarat yang hanya difahami olehnya dan Gisela.

"Eh! Kau nak ke mana? Kata nak makan."

"Sekejap. Aku salin baju dulu, nanti aku datang balik." Noah Iskandar terus meninggalkan Edry di situ.

Clumsy. Hanya ayat itu yang keluar dari mulut Noah Iskandar ketika meninggalkan kedai. Gisela hanya mampu garu kepala. Dia hampir hilang nyawa melihat Noah Iskandar disimbahi air kerana kecuaian dia. Hanya dia yang faham isyarat  diberikan oleh Noah Iskandar tadi.

Ya..dua kali dia menyebabkan Noah Iskandar basah. Dia hanya mampu berdoa agar tidak akan berlaku untuk kali ketiga.

Ya..dia tidak mampu untuk menghadapi renungan tajam bak helang itu untuk kali ketiga kerana dia tidak mampu...

...dia tidak mampu menahan jantungnya dari tergolek keluar jika Noah Iskandar merenungnya begitu sebab...

...dia sudah terjatuh hati dek renungan tajam mata coklat cair Noah Iskandar.

Hailah Gisela.

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now