Gisela terkejut melihat insan yang ditimpa kemalangan itu ialah Noah Iskandar. Gisela menepuk bahu Noah Iskandar tetapi tiada reaksi daripada Noah Iskandar. Sudah! Jangan pula Noah Iskandar mati di sini. Jenuh pula dia hendak bersoal jawab dengan polis nanti.
"Encik Is..Encik Is..bangun..tolonglah bangun. Jangan buat saya macam ni. Saya pun takut kalau encik mati. Tak pasal-
pasal saya kena jawab dengan Dato' dan Datin."Eh! Apa yang kau merepek Gisela? Bukannya kau yang bunuh Noah Iskandar. Itulah, suka sangat baca novel thriller sehingga terbawa dalam realiti. Noah Iskandar mengerang kesakitan tetapi masih tidak dapat membuka matanya lagi.
"Please..please..help me."
Amboi, dalam duk sakit boleh lagi cakap orang putih. Nasiblah dia faham, kalau orang lain yang tidak faham, mesti kata Noah Iskandar sedang bagi nombor ekor. Gisela mengomel sendirian, hanya dia seorang yang dengar.
"Encik Is, sini kampung, lain kali minta tolong dalam bahasa kebangsaan, barulah orang faham, eh! tapikan orang kat sini semua masuk u, mestilah faham kan. Apalah kau Gisela, pandang rendah pada orang kampung sendiri."
"To..long..sa..ya."
"Alamak! Encik Is dengar ke apa aku cakap tadi?" Gisela gigit bibir, kepala diketuk perlahan.
"Encik Is boleh bangun tak? Jom kita keluar dari sini. Saya seorang tak termampu nak usung encik."
Noah Iskandar masih mengerang. Agaknya teruk kecederaan yang dialami Noah Iskandar sehingga tidak mampu bangun. Gisela cuba menarik tangan Noah Iskandar supaya Noah Iskandar dapat duduk tetapi tidak berjaya. Noah Iskandar tidak dapat mengangkat kepala pun dan kembali pengsan.
Gisela mendengus tanda keletihan. Takkan mereka nak tunggu di situ sehingga siang. Noah Iskandar mungkin tidak sedar tetapi dia? Memang taklah dia nak tunggu sehingga matahari terbit. Gisela mengeluarkan telefon bimbit dan cuba menghubungi babanya. Malangnya tiada coverage pula.
"Hello..hello..ada siapa kat sana?" Suara kuat seorang lelaki kedengaran di telinga Gisela.
Gisela terlangut memerhati siapa yang memanggil, dia terus berasa syukur kerana mendapat pertolongan di waktu yang genting ini.
"Sini..sini..kat bawah sini..tolong encik..ada orang cedera ni."
Lelaki tersebut segera memasang lampu dari telefon bimbitnya dan menyuluh ke bawah, lebih tepat lagi ke arah suara yang menyahut di bawah. Tanpa berlengah lelaki tersebut turun menghampiri Gisela dan Noah Iskandar yang masih pening-pening lalat.
Sampai ke tempat Gisela, lelaki itu pula yang terkejut setelah dia menyuluh tepat ke wajah Gisela.
"Ya Allah G, apa yang dah terjadi ni!?"
Gisela mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas dan setelah dia mengenalpasti lelaki yang ingin menolongnya, dia juga terpana. Syukur Ya Allah, di saat dia memerlukan pertolongan, Allah menghadirkan insan yang tepat untuk menolongnya.
"Ya Allah, abang Gib. Nasib baik abang Gib datang. Kalau tak, G pun tak tau nak buat macam mana." Airmata gembira mula menitis di pipi.
"Dah..dah..G eksiden ke? G ada cedera mana-mana?"
Gibran bertambah risau melihat Gisela menangis. Dia ingatkan Gisela tercedera sehingga menitiskan air mata.
"Tak..tak..G tak cedera. Bukan G yang eksiden tapi an..a eh kawan pejabat G yang kemalangan. G pun tak tau macam mana dia boleh eksiden, masa G mai dia dah jatuh kat sini."
Hendak beritahu perkara sebenar? Gisela rasa belum masanya untuk menceritakan kepada Gibran. Hanya Qaid Uzair yang tahu sejarah Noah Iskandar jadi Gisela rasa dia perlu laporkan kejadian ini kepada Qaid Uzair sahaja.
YOU ARE READING
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY
RomanceTidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Isk...