Ikmal bergegas masuk ke dalam bilik Dato' Salahuddin yang kini diduduki oleh Noah Dzulkarnain tanpa sempat dihalang oleh Gisela. Gisela hanya memerhati Ikmal masuk tanpa berbuat apa-apa kerana dia tahu Noah Dzulkarnain tidak akan marah kepada Ikmal.
Noah Dzulkarnain yang tekun membuat kerja, terkejut melihat Ikmal terjah ke biliknya. Ikmal pula langsung tidak berasa bersalah melihat Noah Dzulkarnain duduk di kerusi abang iparnya. Dia hanya tersenyum senget melihat Noah Dzulkarnain senyum sumbing kearahnya.
Ikmal mara dan duduk diatas meja Dato' Salahuddin. Noah Dzulkarnain pula tidak berkata apa-apa melihat tingkah kurang sopan bapa saudaranya aka penasihat utamanya.
"Hai Nine, belum apa-apa dah duduk tempat papa ya. Papa Nine belum beri mandat kepada Nine lagi untuk duduk di situ."
Nine hanya menunjukkan sengih kerang busuknya. Tidak terkesan langsung dengan perlian Ikmal.
"Alaa uncle, lambat laun Nine akan duduk juga di sini. Nine hanya ambil aura papa je sementara papa tak ada ni."
"Harap-harap macam tu la. Uncle takut nanti papa Nine ubah fikiran je. Jangan lupa Is dah balik sekarang."
"Uncle risau kalau Is yang ambil jawatan papa? Please uncle, ini Ninelah. Nine tahu nak buat apa. Uncle jangan risaulah."
Ikmal memandang pelik kearah Nine. Apa yang Nine dah buat? Dia tak beritahu aku pun. Ikmal mula fikir yang bukan-bukan melihat Nine asyik tersengih panjang.
"Nine buat apa? Tolong jangan terburu-buru, buruk padahnya."
Noah Dzulkarnain hanya angkat bahu. Malas nak cerita kepada Ikmal.
"Oh ya, uncle dah seminggu tak nampak Is. Is mc ke?"
"Entahlah uncle. Nine dah suruh Gisela cari tapi Is tak angkat call. Dia pun tak call pejabat. Missing in the thin air, I guess."
Noah Dzulkarnain cuba bermain teka-teki dengan Ikmal.
"Jangan kata Nine dah...."
"Shhhh..uncle nak cakap siang pandang-pandang, di sini dinding, meja kerusi pun boleh bercakap."
"Jadi betullah Nine dah..."
"Yes.. I'm good, right?"
"Kenapa tak beritahu uncle?"
"Tak sempat la uncle tapi uncle jangan risau, Nine dah uruskan semua."
Ikmal lihat yang Noah Dzulkarnain amat berbangga dengan tindakannya. Heh! Ada juga yang mempunyai hati busuk macam dia. Ikmal gembira Noah Dzulkarnain mengikut jejak langkahnya. Langkah yang mengundang bahaya.
Nampaknya dia tidak perlu risau memikirkan cara untuk menyingkirkan Noah Iskandar. Noah Dzulkarnain sudah menjalankan tugasnya dengan baik. Dia tertawa kecil dan ketika dia berpaling menghadap pintu, dia ternampak bayang-bayang dari celah pintu.
Gisela yang sedang menelinga di balik pintu melekapkan telinga lebih rapat apabila dia tidak mendengar lagi perbualan Ikmal dan Noah Dzulkarnain. Debar di dada tak usap cakap, kaki menggeletar kuat setelah mendengar perbualan dua beranak itu. Tidak silap lagi Noah Dzulkarnain ada buat sesuatu kepada Noah Iskandar.
Ikmal menyuruh Nine berdiam diri. Dia risau jika ada orang yang mencuri dengar perbualan mereka. Dia melangkah secara senyap menuju ke pintu dan tanpa amaran dia menarik kuat tombol dan membuka pintu secara mengejut.
Gisela yang berada di sebalik pintu terjerumus jatuh setelah Ikmal membuka pintu dengan drastik. Kertas di tangannya berterbangan ke udara. Noah Dzulkarnain dan Ikmal terbeliak melihat Gisela jatuh macam nangka busuk. Noah Dzulkarnain sudah ketawa kuat melihat adegan itu sementara Ikmal mengerutkan wajahnya tanda curiga terhadap Gisela.
Gisela segera bangun dan mengutip kertas yang bertaburan di situ. Selesai mengutip kertas, Gisela segera berpaling kearah Ikmal.
"Apa ni Encik Ikmal! Habis kertas selerak. Saya nak suruh Encik Nine sign pun dah tak boleh. Dah bercampur aduk."
Ikmal terkesima. Eh! Aku pula yang kena. Dia memandang geram kearah Gisela. Sebelum sempat dia berkata apa-apa, Gisela sudah berpaling lalu keluar dari bilik itu.
"Encik Nine, nanti lepas saya susun balik kertas ni, saya bagi Encik Nine sign tau." Suara Gisela sengaja dilembutkan agar Nine tidak dapat marah. Dia tahu kelemahan Nine.
Selepas menutup pintu, Gisela mengurut dada. Nasib baik dia sempat fikir untuk marah Ikmal. Kalau tidak mati dia kalau mereka tahu dia mengintip perbualan mereka. Gisela ketuk kepalanya, inilah akibatnya menjadi spy amatur. Nyaris kena tangkap oleh Ikmal tadi.
Sementara itu, Ikmal masih terkedu di hadapan pintu. Terkejut juga apabila disergah oleh Gisela tadi. Noah Dzulakarnain hanya ketawa kuat melihat telatah Gisela. Bukan dia sahaja malah satu pejabat tahu Gisela seorang yang cemerkap.Setakat kertas terbang, mereka sudah lali untuk melihat pemandangan tersebut.
Tetapi tidak bagi Ikmal, dia syak sesuatu apabila Gisela terjatuh setelah pintu dibuka. Mesti Gisela menyandar di pintu, kalau tidak mengapa dia tersembam bila pintu dibuka.
"Nine, agak-agak Gisela dengar ke perbualan kita?"
"Uncle jangan risaulah. Gisela memang macam tu. Budak tu clumsy sikit. Dia bukan tahu apa-apa pun. Kerja dia hanya melibatkan kerja papa je, yang lain dia tak tahu. Believe me."
Ikmal mendengus perlahan. Dia seorang yang tidak mudah mempercayai orang. Dia hanya percaya kepada dirinya sendiri saja. Dia tahu Nine masih menaruh minat terhadap Gisela tetapi malangnya Gisela tidak pernah melayan Nine.
"Air tenang jangan disangka tiada buaya, Nine. Kalau dia tahu apa yang Nine buat, dia akan report dekat papa Nine. Habis Nine nanti."
Noah Dzulkarnain termenung sejenak, memikirkan kata-kata Ikmal. Apa yang Gisela boleh buat jika dia tahu rahsia Nine. Nak laporkan kepada polis?
"Kalau dia tahu pun, dia tak ada bukti nak sabitkan Nine. Sekadar dengar apa yang kita cakap, itu tak membuktikan apa-apa. Dia tak tau pun apa yang jadi antara Nine dan Is."
Ikmal terdiam mendengar hujah Nine. Dia melepaskan nafas panjang. Dia amat berharap agar apa yang dikatakan Nine adalah betul. Dia tidak mahu rancangannya terbantut di tengah jalan. Umpama kata Tan Sri P.Ramlee, kusangka siang hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.
Tak lama kemudian, Gisela kembali dengan membawa surat yang perlu ditandatangani oleh Nine. Nine tersenyum lebar melihat Gisela masuk dengan lenggok mak minah. Suka dapat bekerja disamping Gisela. Dia dapat melihat wajah Gisela setiap hari walaupun Gisela tidak pernah melayannya dengan baik.
Gisela sudah hendak termuntah dengan lakonannya sendiri. Kalau Gibran atau Qaid tengok cara dia melayan Nine, mesti dia kena kutuk setahun. Gisela menggetap bibir setelah melihat Nine mengenyitkan mata kepadanya. Tekaknya terasa dijolok untuk muntah. Tahan Gisela...tahan.
"Cepatlah Encik Nine..Encik Is dah tunggu tu, nak hantar surat ni. Nanti lambat apa kata Datuk Jamil pula. Nanti kita tak dapat tender ni, jenuh saya nak menjawab dengan Dato' pula."
Noah Dzulkarnain tersedak apabila Gisela mendengar nama Iskandar. Ikmal pula berdehem kuat.
"What did you say? Come again? Iskandar?"
"Isyy..Encik Nine sejak bila pula cacat pendengaran ni? Tu Encik Is duk tunggu nak hantar surat ni."
"What the.....?"
Nine hanya tersandar lemah melihat Noah Iskandar mengangkat tangan kepadanya dari tempat Gisela.
YOU ARE READING
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY
RomanceTidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Isk...