Kemunculan pengantin baru memeriahkan suasana di lobi Menara Saladin.
Jemy, Fifiy dan Amy sudah berbaris di kaunter penyambut tetamu menanti kehadiran Gisela dan Noah Iskandar.
Gisela dan Noah Iskandar kelihatan malu-malu ketika masuk ke lobi. Pekerja-pekerja yang sedang menanti di depan lif juga memandang sambil tersenyum melihat kelibat pengantin baru itu.
Tiada siapa yang menduga, Noah Iskandar dan Gisela mempunyai hubungan sehingga ke jinjang pelamin. Masa mana mereka bercinta pun tiada siapa yang tahu. Dengar-dengar dah berkahwin, misteri nusantara sungguh.
Kalau Noah Dzulkarnain dan Ava Ratna, memang mereka tahu kerana Ava Ratna selalu datang ke pejabat tapi Gisela... sungguh tak di sangka.
"Selamat kembali Puan Gisela Ameena. Seronok honeymoon?" Jemy mula-mula sekali menegur mereka... siap dengan pakej senyuman manis.
"Abang naik dulu. Sayang bersembanglah dengan kawan-kawan sayang. Rasanya mereka rindu sangat kat sayang."
Noah Iskandar bisik kepada Gisela.Huhuuuu... sorakan spontan keluar dari mulut Jemy, Fifiy dan Amy. Terkesima melihat pasangan yang kelihatan begitu intim. Wajah Gisela sudah merah menahan rasa malu diusik rakan-rakannya.
"Ishhh... korang ni, dalam pejabat kut. Malulah sikit. Bukan aku seorang yang kahwin, ramai pasangan yang kahwin tau."
"Orang lain kahwin biasa saja. Kau tu kahwin dengan luar biasa." Jemy menjuih mulutnya.
"Yalah G, orang lain kahwin tak ada pengantin kena ambush. Suami kau kahwin siap kena pukul lagi. Sadis tau. Kalau aku producer, dah lama aku buat movie." Amy pula menambah perisa.
"Sudahlah korang. Janji G selamat dan Encik Is pun selamat. Balik honeymoon muka berseri-seri pula. Mesti best kan." Fifiy meredakan suasana... macam selalu.
Gisela tersipu-sipu malu. Malas nak layan sengal tiga orang sahabat baiknya itu.
"Kalau kau nak tahu seronok atau tidak... kau kahwinlah. Baru tahu best ke tidak." Gisela senyum simpul.
"Lambat lagilah Puan Gisela oi. Aku mana ada boyfriend. Lainlah Fifiy... aku tengok abang kau tak lepas mata dia duk pandang Fifiy." Jemy kenyit mata.
"Betul ke? Aku tak perasan pun." Gisela pandang Fifiy yang sudah tidak tentu arah.
"Kau mana perasan, kalut dengan Abang Is kau. Aku tahulah sebab aku berada di sisi Fifiy sepanjang majlis kau. Kalau kau nak tahu, Abang Gibran... adoiii sakitlah!" Belum sempat Jemy menghabiskn ceritanya, satu cubitan singgah di lengannya.
Fifiy menggetap bibir. Geram dengan keceluparan Jemy. Nak menyangkal, memang benar Gibran asyik pandang dia. Siapa tak perasan kalau sentiasa menyeru nama dia sehinggakan nak bertentang mata dengan Baba Qadri dan Umi pun dia malu.
Mereka bergelak ketawa sehinggalah...
"Wah! Wah! Wah! Lingkup syarikat papa mertua I kalau pekerja- pekerja you asyik bersembang sampai tak buat kerja. Inilah akibatnya kalau ambil orang kampung buat kerja kat syarikat multi million. Useless." Suara gemersik yang tidak pernah mereka suka bergema di tepi telinga mereka berempat.
Jemy dan Amy sudah menjuih mulut manakala Gisela dan Fifiy sekadar menunduk... malu dikritik Ava Ratna.
Noah Dzulkarnain hanya tersengih kambing melihat isterinya begitu garang. Bukan dia tak tahu Ava sangat bencikan rakan baik Gisela. Ava rasa terancam mungkin.
Tangan Ava ditarik menuju ke lif, tidak mahu Ava tarik rambut dengan Jemy atau Amy. Mata Amy dan Jemy sudah memancarkan api kemarahan. Nine takut Ava akan lebur seperti dimamah lava.
YOU ARE READING
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY
RomanceTidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Isk...