BAB 22: DRAMA SANGAT!

314 12 1
                                    

Gisela hanya mampu tersengih kerang busuknya apabila Noah Dzulkarnain membuka pintu pejabat. Dia yang masih dalam keadaan duduk di samping fail yang berteraburan di sekelilingnya.

Noah Dzulkarnain menggeleng melihat keadaan Gisela... clumsy macam selalu. Kalau tidak fail, dia sendiri yang akan tertungging menyembah lantai.

"Apa yang dah berlaku?" Nine bertanya juga walaupun dia tahu kenapa Gisela dalam keadaan begitu.

"Fail ni berat sangat... kaki saya pula terpelecok, tu sebab terjatuh." Gisela masih menayangkan giginya yang putih serlah.

"Salah kasut la ni?" Nine tunduk untuk membantu Gisela tetapi...

"Gisela! Sayang! Awak kenapa?" Noah Iskandar berlari merapati Gisela yang sudah tercengang.

Noah Dzulkarnain terkaku, tidak jadi untuk menolong Gisela. Badan segera ditegakkan semula. Tangan dimasukkan ke dalam poket, roman wajah menjadi serius. Sakit pula mata melihat keprihatinan Noah Iskandar terhadap Gisela.

Gisela pula tahan senyum mendengar Noah Iskandar memanggilnya sayang. Mata melirik kepada Noah Dzulkarnain, huishhh panjangnya muncung. Gisela gelak kuat dalam hati.

"Bie... G terjatuh tadi. Kasut tu dah haus rasanya... licin..." Gisela buat suara manja.

"Kan Is dah kata, buang ja kasut tu. Kasut murah memang macam tu. Nanti petang kita ke mall, kita beli lain." Noah Iskandar memungut fail yang berterabur.

Noah Dzulkarnain hampir termuntah mendengar suara Gisela yang begitu lembut dan manja. Baginya Gisela agak keterlaluan hari ini. Selalunya dia tidak berkelakuan seperti itu. Hari ini Gisela seakan dirasuk... entah hantu mana yang merasuknya.

Gisela bangun berdiri, dibantu oleh Noah Iskandar. Dada bergendang hebat apabila Noah Iskandar memegang tangannya. Dia hampir hilang kawalan, tangan Noah Iskandar dipegang erat... takut terjatuh lagi.

"Kenapa? Kaki sayang sakit ke?" Noah Iskandar pandang wajah Gisela yang berkerut.

Belum sempat Gisela menjawab, Noah Iskandar sudah mencempung Gisela membuatkan Gisela menjerit. Tangan lantas memaut leher Noah Iskandar, takut pula jika terjatuh lagi kalau dia meronta.

"Noah Iskandar! Apa yang kau buat?!" Nine sudah tidak tahan melihat gelagat keduanya.

Noah Iskandar dan Gisela memandang Nine yang naik angin dengan kelakuan mereka. Mereka hampir ketawa tapi mereka sembunyikan ketawa itu dulu, tidak mahu lakonan mereka terkantoi.

"Aku nak bawa Gisela ke klinik. Kaki dia sakit. Tak kan itu pun salah?"

"Kau tak perlu dukung dia macam tu. Dalam pejabat kut... agak-agaklah. Apa kata orang pula nanti."

"Dia buah hati aku. Ikut sukalah aku nak dukung ke, nak kelek ke... kenapa pula kau yang sakit hati?"

"Siapa cakap aku sakit hati? Aku cuma sakit mata tengok kau orang dah macam kemaruk sangat."

"Kalau aku tak dukung dia, siapa yang nak bantu dia? Kau?"

"Aku... aku..."

Gisela pegun di dalam dukungan Noah Iskandar. Dia sudah malu untuk mengangkat muka apabila dia mendapati pekerja di tingkat itu sudah menyaksikan drama mereka bertiga dengan penuh perasaan.

Mereka agak hairan melihat Noah Iskandar yang selama ini tidak pernah kisahkan sesiapa pun sudah membuat adegan yang tidak sepatutnya dengan Gisela. Apa sudah jadi?

Noah Dzulkarnain masih menghalang jalan Noah Iskandar, tidak membenarkan mereka bergerak. Sebolehnya dia yang teringin sangat untuk mendukung Gisela.

"What's going on here?"

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now