BAB 20:

277 14 0
                                    

Noah Iskandar dan Gisela jalan beriringan menuju ke tempat parkir. Gisela menuju ke keretanya manakala Noah Iskandar merapati superbikenya yang diparkir di sebelah kereta Gisela.

"Kita nak makan kat mana?" tanya Gisela.

"Kat mulut." Jawapan Noah Iskandar membuatkan Gisela menghayun beg sandangnya ke lengan Noah Iskandar.

Noah Iskandar menyeringai menahan kesakitan. 'Nampak saja ayu tapi ganas juga budak ni. Tu dia belum buka jurus silat baba dia, kalau tidak masuk hospital jawabnya.'

Gisela mencebik... geram. Tiada siapa yang berani buat lawak antarabangsa dengannya. Abang Gibran pun surrender dengannya jika sengaja mengenakannya. Gisela akan mogok bercakap dengan Gibran selama berminggu-
minggu.

"Jom... kita ke kedai tomyam Mamey, kerabu mangga dia sedap sangat." Noah Iskandar menjilat bibir.

"Is, saya nak tanya sesuatu... boleh?" Gisela pandang Noah Iskandar yang baru hendak menyarung helmet.

Mendengar Gisela ingin bertanya sesuatu kepadanya, Noah Iskandar meletak kembali helmet di atas superbikenya. Kepala diangguk tanda ingin mendengar soalan Gisela.

"Kenapa awak suka makan makanan Thailand? Awak baru balik dari UK kan. Selalunya kalau dah lama tinggal di luar negara, mesti nak makan western." Gisela menyandar di keretanya.

Noah Iskandar ketawa kecil dengan soalan Gisela. Pelik ke kalau dia suka makanan yang berasal dari negara Gajah Putih itu? Tak salahkan.

"Well... aku dah jemu dengan makanan western, tak kenyang. Kalau makan nasi dengan tomyam, sup ekor atau ikan tiga rasa... nikmat Allah mana lagi yang kau dustakan." kata Noah Iskandar dengan penuh semangat.

Gisela hanya tersenyum mendengar alasan Noah Iskandar. Mesti Noah Iskandar tidak tahu yang dia pun suka makan tomyam sebab alasan Noah Iskandar tidak langsung kena mengena dengannya.

'In your dream G, Iskandar hanya ingatkan perut dia saja... bukannya dia tahu pun kau suka makan tomyam juga.' Gisela buka pintu kereta dan meloloskan diri di tempat pemandu.
Enjin kereta dihidupkan dan dia memandu terus ke restoran Mamey tanpa menunggu Noah Iskandar.

Alaa... Noah Iskandar tunggang superbike kan, sekejap saja dia boleh kejar. Lagipun motor boleh saja mencelah di antara kereta, tak perlu beratur kalau bertemu dengan jem.

Betul firasat Gisela, mereka sampai serentak di restoran Mamey. Gisela turun dahulu dari keretanya dan menapak menuju ke restoran tanpa menunggu Noah Iskandar. Noah Iskandar hanya mampu menggeleng melihat telatah Gisela.

Macam mana nak jadikan kekasih jika masuk dalam restoran pun asing-asing. Tak romantik langsung tapi bukan salah Gisela pun jika dia meninggalkan Noah Iskandar kerana Gisela tidak pernah menganggap Noah Iskandar sebagai kekasihnya.

Mungkin bukan sekarang, satu hari nanti? Noah Iskandar hanya mampu berdoa agar Gisela terbuka hati untuk menerimanya.

'Is... kalau kau tak cakap, macam mana Gisela nak tahu isi hati kau. Kau memang slow. Dulu bukan main kau bercinta dengan Ava Ratna tapi kenapa sekarang kau macam baru saja belajar nak bercinta?' Noah Iskandar berperang dengan kata hatinya sendiri.

Gisela yang sudah mengambil tempat duduk hanya memandang hairan dengan gelagat Noah Iskandar. Kenapa sekejap geleng sekejap angguk pula si Noah Iskandar ni? Nak kata menjawab telefon, tak nampak pula Noah Iskandar pegang gadget itu.

Apabila Noah Iskandar menghampiri Gisela, Noah Iskandar pula hairan melihat Gisela melihatnya dengan pandangan pelik. Dia tarik kerusi berhadapan dengan Gisela dan duduk sambil memerhati keadaan sekeliling.

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now