BAB 43: FANTASIA BULAN MADU 2

394 17 1
                                    

Gisela masih lagi ralit menguis pasir pantai, Noah Iskandar asyik perhatikan wajah isterinya lalu tersenyum nipis. Noah Iskandar masih teringat pertemuan pertama mereka di lapangan terbang. Kekalutan Gisela menarik minatnya malah dia sangat suka dengan kelaku Gisela yang agak dingin dengan lelaki lain.

Jelita? Sudah pasti kejelitaan Gisela menjadikan satu bonus kepadanya tapi rambut mengurai Gisela merimaskannya. Bagaimana dia hendak cakap kepada Gisela supaya menutup aurat sementelah Baba Qadri dan Gibran tidak berjaya menyuruh Gisela menutup auratnya yang satu itu.

Haishhh! Susah juga ya tapi sebagai khalifah dalam rumah tangga rasanya dia perlu eh wajib memberitahu Gisela tentang hal itu tapi sekarang perkara yang paling penting...
untuk mengetahui isi hati Gisela.

"Giselle, abang tunggu jawapan sayang ni," kesabaran Noah Iskandar hampir habis.

Gisela kalih perhatiannya kepada wajah kacak Noah Iskandar. Dia hampir ketawa melihat wajah tampan itu cemberut menahan marah. Eh, dia lambat sangat ke bagi jawapan?

"Perlukah G beritahu sekarang? Kalau tak beritahu tak boleh ke?" Noah Iskandar mendengus perlahan. Bukan itu yang dia nak dengar daripada mulut Gisela. Adoi! Desperate sangat ke Is?

"Lagipun kita dah jadi suami isteri jadi G rasa sebagai isteri G akan hormat dan sayangkan abang sampai bila-bila. Abang boleh percayakan G." Gisela hampir menghamburkan ketawa melihat wajah bengang Noah Iskandar.

"Giselle, that's not what I want to hear," perlahan saja suara Noah Iskandar sambil bermain dengan jari-jarinya sendiri.

Gisela menarik tangan Noah Iskandar lalu menggenggam dengan erat. Tangan Noah Iskandar diangkat lalu dicium kekura tangan suaminya. Lama Gisela meletakkan bibirnya di situ, tidak puas rasanya tangan itu dicium ketika majlis akad nikah mereka tempoh hari. Masa itu dia malu untuk cium lama-lama kerana diperhatikan oleh sanak saudara.

Gisela melepaskan nafas, matanya tunak memandang Noah Iskandar. "Abang nak dengar yang G cintakan abang?"

Noah Iskandar mengangguk laju. "Penting ke?" Noah Iskandar tak jemu-jemu mengangguk. Baginya penting untuknya kerana dia tidak mahu bertepuk sebelah tangan.

Gisela menarik nafas panjang. Tidak cukupkah rasa sayang yang dia berikan kepada Noah Iskandar? Mereka dah jadi suami isteri kut, tak kan Noah Iskandar tak yakin dengan dia? Perlukah dia nyatakan rasa cintanya kepada Noah Iskandar? (Banyak pula tanda tanya dalam bab ini.)

"Giselle, abang cintakan sayang sejak pertama kali kita berjumpa." Gisela terpaku. "Jangan tanya bagaimana tapi sayang dah buat hati abang jatuh sayang. Okey, mungkin pada mulanya sayang agak clumsy  tapi sifat itu yang buatkan abang  tertarik dekat sayang."

"Dan dengan semua perkara yang berlaku... dengan segala perhatian yang sayang berikan dan dengan segala pertolongan daripada sayang dan keluarga sayang... membuatkan abang jatuh cinta kepada sayang."

Mulut Gisela ternganga mendengar pengakuan Noah Iskandar. Padan muka kau G, lambat sangat nak confess... sekali Noah Iskandar confess, terkedu pula dia.

"G... G... hmmm... G rasa terharu. Terima kasih abang." Gisela hampir menitiskan air mata. Syahdu sungguh pengakuan Noah Iskandar, silap pula dia tak record pengakuan itu.

"G juga cintakan abang, sepenuh hati. Never doubt my love for you."

Terdengar suara penuh kelegaan dari mulut Noah Iskandar. Dada diusap berkali-kali demi terluahnya isi hati Gisela. Rasa lega sangat-sangat seperti hilangnya beban seberat 100 kg dari bahunya.

Tubuh Gisela ditarik dan dipeluk dengan kuat. Rasa tidak mahu melepaskan Gisela apabila dia bertambah yakin dengan cinta Gisela. Dia juga tidak perlu bertanya lagi kerana dia yakin apa yang diucapkan oleh Gisela adalah dari hati suci Gisela. Cukuplah sekali dia mendengar kata-kata cinta itu kerana dia sendiri tidak akan mengkhianati kata-kata cintanya kepada Gisela.

Tanpa mahu berbicara mengenai perkara itu lagi, Noah Iskandar dan Gisela hanya merenung laut sambil tidak mahu melepaskan tangan masing-masing. Suasana hening dengan bunyi hempasan ombak membuai pasangan yang baru melafazkan kata-kata cinta.

Betapa indahnya percintaan yang halal, semua boleh pegang. Hehehe.

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRYWhere stories live. Discover now