Gisela Ameena sah menjadi isteri Noah Iskandar dengan sekali lafaz. Gisela tersenyum gembira apabila Noah Iskandar menghampirinya untuk upacara membatalkan air sembahyang.
Sebelum itu Noah Iskandar sempat melakukan solat sunat selepas dia melafazkan akad nikah serta melakukan sujud syukur. Rasa syukur yang tidak terhingga kerana dapat menjadikan Gisela isterinya.
Noah Iskandar tidak menyangka setelah beberapa siri kecemasan yang berlaku ke atasnya, akhirnya dia dapat memperisterikan Gisela. Kalau tak kerana Gisela buat drama, rasanya dia akan tarik diri namun dia tidak boleh mengalah begitu saja.
Setakat hampir diculik dan hampir membatalkan perkahwinan, rasanya dia sudah bersedia untuk melayari bahtera perkahwinan mereka dengan lebih bersedia.
Dato' Salahuddin dan Baba Qadri sudah mampu tersenyum melihat pasangan itu duduk bertentangan untuk menyarung cincin. Umi Khatijah dan Datin Ismalisa sudah kering air mata melihat drama anak menantu mereka.
Amy, Jemy dan Fifiy sibuk mengusik Gisela yang kelihatan malu-malu setelah dihampiri Noah Iskandar. Amy sudah bersedia jika Gisela pengsan lagi kerana terlalu gemuruh. Dia cukup kenal dengan telatah sahabatnya yang kelam kabut itu.
Ketika menyarung cincin, Noah Iskandar sempat berbisik kepada Gisela.
"Jadi, aku rasa kau tak perlu berpura-pura untuk cinta aku lagi sebab kau dah sah jadi isteri aku."
"Siapa berpura-pura? Saya dah lama cintakan awak tapi awak yang sombong."
"Sejak bila?"
"Rahsia."
Noah Iskandar mengecilkan matanya. Gisela tunduk malu. Alahai... terpecah pula rahsianya. Mana boleh buka rahsia di tengah-tengah publik macam ni.
"Kau biar betul G. Tengah-tengah alam nak lafaz kata cinta." Amy buat muka terkejut.
"Yalah G tapi kau tak pernah bagitau kami pun kau cintakan Is dah lama." Fifiy tunjuk wajah hairan.
"Kalau ya pun kau cintakan Is, tunggulah confess dalam bilik. Ni semua orang dengarlah. Kau ingat drama?" Jemy mencebik.
"Jom Dato', Datin... kita turun makan. Lapar pula perut ni. Macam-macam hal terjadi buat saya rasa lapar sangat." Baba Qadri ajak Dato' Salahuddin sekeluarga makan.
Sebenarnya dia sengaja nak bagi peluang kepada pasangan itu untuk meluahkan rasa hati. Mungkin benar mereka tidak pernah luahkan rasa cinta. Cinta yang muncul secara tiba-tiba.
Baba sendiri hairan mengapa Noah Iskandar begitu cepat melamar Gisela. Segala kejadian yang tidak disangka telah menyatukan mereka berdua hingga kedua-duanya jatuh cinta.
"Aku pelik la tengok mereka berdua. Kononnya nak jaga keselamatan Is tapi boleh pula terjatuh cinta." Gibran melepaskan rasa hairannya selepas mereka berkumpul bersama. "Ini kau punya pasal Qaid, memandai suruh adik aku jadi spy."
"Cinta boleh datang secara tiba-tiba. Cinta juga boleh tercipta tanpa sedar. Kau baru kenal ke, dah lama kenal ke... bila cinta itu hadir, kau sendiri yang akan rasa." Qaid Uzair sempat berfalsafah sambil mata melirik kepada isterinya.
"Cheh! Sejak bila sepupu aku yang beku ni pandai berseloka? Tahulah baru kahwin pun." Gibran tumbuk bahu Qaid.
"Kau patut bercinta Gib... barulah kau tahu betapa manisnya bercinta."
"Malaslah aku. Kerja kat hospital tu berlambak. Aku tak sempat nak bercinta. Nanti girlfriend aku merajuk sebab tak dapat jumpa selalu."
Mulut kata lain tapi mata pula asyik memandang Fifiy. Gibran senyum. Manis juga kawan adik aku. Katanya dalam hati. Fifiy pula tak senang duduk apabila ditenung oleh Gibran.
YOU ARE READING
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY
RomanceTidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Isk...